Tuesday, October 26, 2010

Sakit kena Tipu....

Sakit boleh di rasa. Sakit tak boleh dilihat. Tapi sakit mmg ada. Punca sakit ada yang boleh dilihat dan ada yang tak boleh dilihat. Selalunya punca yang tidak dapat dilihat tu membawa rasa sakit yang amat sangat.


Mungkin ada yang biasa sahaja apabila ditipu. Tapi, saya selalu rasa sakit bila tau diri ditipu. Nak nak lagi kalau yang menipu tu org yang sepatutnya saya hormat dan dia rapat pada saya. Lagi pulak, bila dia Menipu Lagi dan Lagi dan Lagi!!!! Asyik menipu je....


Mungkin sebab mak saya seorang yang sangat jujur (terlalulah jujur bagi pandangan saya) saya jadi tak biasa pabila ditipu. Seingat saya, saya tak pernah kena tipu atau kena kelentong dengan mak saya.
Walaupun hal-hal kecil.
Tak pernah wujud tipu-tipu sunat ke, cover2 line ke, nak jaga hati ke ape ke ... mak saya mmg seorang yang sangat berterus terang, lurus (kadang-kadang ke arah bendul juga), telus dan jujur.


Bila jumpa sanak sedara time kenduri ke raya ke saya jadi takut je bila mak saya menjawab soalan-soalan org.... org tanya P - Q - R - S, mak akan bercerita start dari A sampaila Z ...
Selalu juga saya pesan-pesan kat mak, "kalau boleh tapis2 cerita bab kerja anak-anak ye"... yang tu kena jaga sikit.... ramai yang suka ambik kesempatan (letih juga sudahnya call kita semata-mata untuk ajak join MLM dan skim-skim cepat kaya bila tau kita ni mudah nak buat loan atau sebagainya)


Semua yang pernah mengambil SPM pasti sedia maklum, masa di tingkatan 4 dalam subjek pendidikan islam, Bab 11 - Dosa - Dosa Besar.


Menipu dan Berbohong tersenarai di dalam Dosa-Dosa Besar yang Mesti Dihindari !!! Tersenarai bersama yang lain seperti:

  1. Menghina dan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
  2. Mencuri dan Merompak
  3. Riba
  4. Makan Harta Anak Yatim
  5. Lari Dari Medan Perang
  6. Mengumpat dan Memfitnah

Menipu dan Berbohong ni bukan kecik-kecik benda .... tersenarai bergandingan dengan Dosa - Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat seperti :
  1. Minum Arak dan Menagih Dadah
  2. Zina
  3. Menuduh Zina
  4. Liwat dan Musahaqah
  5. Membunuh Diri

Yang paling besar, sudah semestinya Dosa Syirik Kepada Allah.


[Rujukan: Buku Teks dan Rujukan Pendidikan Islam Tingkatan 4]



Jangan nak tunding jari la pada yang orang-orang yang berbuat dosa-dosa yang kedengaran sangat berdosa macam mencuri, merompak, isap dadah, menderhaka sebab orang yang berbohong dan menipu pun lebih kurang aje ... kesan menipu lebih teruk dan akan menjadi punca kepada dosa-dosa lain.


Dosa bukan perbuatan. Tapi Dosa ialah balasan buruk oleh ALLAH SWT kerana melakukan laranganNYA. Dosa Besar ialah dosa yang akan menyebabkan azab yang pedih di akhirat ke atas kesalahan yang dilakukan di dunia ([Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4)


...........................................................................................



Saya sayang dia. Saya hormat dia. Saya tak berniat nak komplen dia atau nak kritik dia (sebab saya manusia biasa yang sering berdosa juga). Saya sanjung dia. Cuma, dia terlalu mudah menipu, awta, kelentong !!! kadang-kadang benda-benda yang remeh pun nak dikelentong... nak cover-cover line.... saya tau kadang-kadang alasannya memang kukuh. Tapi sampai bila. Jangan dosa itu disambut oleh anak-anak. Tempias dengan anak yang melakukan dosa-dosa besar lain yang lebih menykitkan dan menghancurkan.


Cerita soal anak - benda yang saya paling takut. Sebab saya pun punya anak. Mengata anak orang nanti ALLAH balas pulak. Nauzubillahiminzalik. Tapi saya cuba meluahkan sesuatu yang saya rasa benar di sisi agama. Macam mana nak harapkan anak berubah dan insaf kalau kita lupa mengisafi diri.



Selalunya saya pejam mata, pekakkan telinga, bodohkan minda bila tgk dia menipu dan sama juga saya buat bila saya kena tipu. Tapi, baru-baru ni bila saya tertipu lagi. Saya sedih. Rasa disisihkan. Rasa diperbodohkan.



Saya boleh faham alasannya. Saya boleh faham keadaannya. Tapi lambat laun benda tu akan diketahui jugak. Dan bila benda tu diketahui, hati ni berteriak "hadoiiii.... yang tu pun nak tipu2 gak ke?"...... dan sampai bila nak mengelak sesuatu dengan menipu - kerana menipu dan berbohong itu adalah Dosa Besar !!!



Mak saya tak pernah ajar secara formal " jangan menipu yek !!! " tapi dia telah ajar dari kehidupannya hari-hari dalam membesarkan saya. Sehingga kadang-kadang - atau selalunya, saya pun bendul juga. Namun, saya tetap tak terlepas juga dan tergelicir dari landasan yang sebenarnya.


Adakala saya tersasar menipu untuk menjaga hati, menipu untuk mengelak sesuatu yang lebih buruk. Tapi hati tak kan senang. Asyik teringat dan rasa bersalah. Nak nak lagi asyik tebayang betapa malunya kalau la penipuan terkantoi.... tu la pasal akan ada satu masa saya akan bukak mulut juga bercerita satu satu macam org bendul yang yo yo oooo..... kalau orang dengar mesti cakap "yang tu pun nak bagitau!!!" ... especially to my husband - saya akan "tot tet tot tet pot pet pot pet" cerita semuanya yang saya terbuat, sengaja buat, tertipu atau sengaja tipu.


Tu la sebabnya saya ditipu agaknya. Sebab saya bendul.... haihhh ........


Me: Kalau la saya boleh menegur dan beritahu kepada dia semua ini..... hrm.... susah sebab saya bukan org yang baik dan layak untuk menasihati kerana saya lebih memerlukan nasihat. Dan juga kerana kedudukan dia yang tinggi dan mulia di hati dan mata saya. Saya sayang dia. Saya minta maaf.



2 comments:

  1. Kak Wa,betul!
    Aku faham....
    Sebab aku pun penah kene...sakitnye kene tipu sampai harini.

    ReplyDelete
  2. Ili moh le kita berusaha untuk tidak menipu...especially dalam membesarkan anak.....

    ReplyDelete