Friday, October 29, 2010

Cikgu Arifin si Penge"paw"

Sambungan dari penge’paw’ (cerita penuh).


Di awal tahun 2007, semasa saya memulakan semester pertama pengajian saya, saya masih lagi dalam pantang. (cerita penuh) . Jadi, saya menghabiskan cuti bersalin di rumah mertua, lagi pula masa tu saya dan suami masih PJJ. Oleh demikian, sepanjang semester tersebut saya mmg berada di rumah mertua sahaja.


Di rumah mertua saya pada waktu tu tidak mempunyai talian internet. Adik-adik ipar masih bersekolah dan yang besar-besar sedang belajar di kolej. Tiada keperluan mendesak. Jadi, jika saya memerlukan internet saya akan guna di fakulti atau ke CC. Jika terlalu terdesak, saya akan ke Hentian Jejantas Sungai Buloh untuk menggunakan wifi percuma di sana. Belum mampu untuk menggunakan BB dalam masa tu. Ada kawan sekuliah dari TmNet offer BB dengan harga RM1200 full pakej. Haihhh – hanya yang pernah PJJ akan faham betapa cairnya aliran kewangan kita...kan....


[ Anna : Awak PJJ kes special. Awak tak kan faham. Ngeh ngeh ngeh]


Nak jadi kisahnya, masa tu saya kena sumit assignment ke email lecturer saya sebelum tengah malam hari tersebut. Nak ke CC tak selesa pulak rasanya sebab saya nak search banyak artikel dan perlukan masa yang lama mengikut perkiraan saya. Jadi berwifi di Hentian Jejantas Sungai Buloh adalah pilihan yang ada.


Tak nak menyusahkan MIL nak kena jaga Aqis (saya tak pasti ntah pukul berapa nak balik), saya bawak bersama Aqis yang waktu itu sudah genap 2 bulan. Hanim ikut utk temankan saya merangkap jagakan Aqis sementara saya menyiapkan kerja. Juga kononnya, saya nak belanja Hanim makan di somewhere (saya dah lupa di mana) bagi meraikan kebebasan selepas pantang.


Sebaik sampai, semua pondok rehat sudah penuh dengan keluarga yang berehat. Hanya ada satu pondok yang di bawahnya ada seorang sahaja yang duduk di situ. Jadi saya terus sahaja memilih untuk duduk berkongsi pondok rehat itu dengan lelaki tersebut.


Saya pun memulakan kerja saya setelah Wifi berjaya disambungkan. Aqis tak banyak kisah, diam di dalam stroller, Hanim macam biasa sibuk dengan sms sahaja (budak sekolah mmg macam tu - umur tengah laku)


Saya tidak mempedulikan lelaki tu, tapi ntah macam mana dia boleh juga tarik perhatian dan mencuri masa saya untuk berborak. Saya dah la nak menyiapkan artikel dengan english, lelaki tu pulak sibuk nak bertanya itu dan ini. Rasa rimas juga dengan dia. Agaknya dia lihat saya ada gaya seorang cikgu dia pun banyak bercerita tentang ragam dan pengalaman seorang guru.


Saya mula melayan sekadar menjaga hati dan hormat yang mula terbit bila dia memperkenalkan diri sebagai Cikgu Arifin yang bertugas di Alor Star, Kedah. Bila dia mula rancak bercerita tentang dia di dunia perguruan, saya mula bertanya beberapa nama, terutamanya nama bapa mertua saya yang saya kira pasti dikenali setelah dia menyatakan dia adalah guru Bahasa Melayu dan kini sudah menyandang pangkat Pengetua sekolah. Tapi tidak pula dia kenal. Jadi topik kami mati di situ.


Dalam masa yang sama saya tetap meneruskan kerja sambil membuat mimik muka seakan-akan dalam kekusutan yang amat sangat dengan mengharapkan dia faham saya sedang buat kerja ~ silalah jangan ganggu !!!! Saya mula menunjukkan kurang minat dengan cerita-cerita dia yang berkisar tentang Negeri Kedah dan anaknya yang bertugas di Langkawi.


Mungkin utk terus memancing saya, dia bertanya sama ada saya juga dtg dari Utara dan tinggal di sebelah mana? Saya sedikit kehairanan macam mana dia boleh meneka saya dari Utara (such a dendul one la).... Saya berteka teki adakah loghat percakapan saya ada berbunyi dari sebelah Utara? Dia kata, dia sengaja meneka sebab melihatkan plat kereta saya dari sana.....

Owhhhh.... I see.....

Saya dengan bendulnya dan tanpa ada sebarang syak wasangka menerangkan satu persatu perihal kereta dengan plat Kedah dan ~bla bla bla bla~ sehingga memeberitahu yang saya sekarang menetap di Ipoh. Saya cuba matikan perbualan di situ.


Kemudian saya kembali kepada kerja saya dan cikgu Arifin sedikit bertolak ansur bila saya menyatakan tentang sedang menyiapkan kerja yang berstatus “urgent”.


Sesekali Cikgu Arifin yang termenung bersendirian melepaskan keluhan berat sedang saya masih ligat mengetik bebutang keyboard walau hakikatnya saya rasa sangat terganggu dengan lelaki itu yang sentiasa cuba mencuri perhatian saya. Dia mula menunjukkan sedikit kegelisahan dengan mundar-mandir, bangun-duduk sehingga lah gatal sungguh mulut saya ni bertanya seperti mengambil berat Jadi, di sinilah dramanya bermula.


Dia kata dia datang dari rumah anak perempuannya yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Ipoh. Dia dalam perjalanan membawa cucu lelakinya bersama isteri menuju ke rumah anaknya di Kuala Lumpur. Membawa pulang cucunya semula setelah bercuti bersama mereka.


Dia berhenti berehat untuk makan dan minum dan ketika itulah dia baru tersedar yang dia telah tertinggal dompet. Dompet tersebut pula berada di dalam beg tangan isterinya yang mana telah tertinggal di atas meja makan di rumah anak perempuan nya di Ipoh.

Ohh ok.... what the “story”.....

Saya mendengar dengan penuh suspen dan simpati. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan saya hanya sekadar mendengar keluhannya. Saya memasang tekad tidak akan memberikan duit kepada orang yang tidak dikenali. Saya tak nak bagi dia duit walaupun cara dia bercerita tu umpama mengumpan saya untuk menghulurkan bantuan. Tapi saya tetap berusaha memikirkan jalan yang boleh di ambil oleh Cikgu Arifin. Dalam hati sentiasa berdoa “jangan la orang tua ni mintak duit aku pulak, aku nak belanja si Hanim ni dengan apa dah aku pun tak bawak duit yang banyak”

Ummie: Call la anak cikgu di Kl bagitau semua ni.

Cikgu Arifin: Saya tak nak menggangu. Dia orang suami isteri jenis kerja tak macam orang lain. Tak tentu masa. Selalu di dalam meeting penting.

Ummie: Anak yang di Langkawi tu? Paling tidak minta je dia masukkan duit dalam akaun saya dan kemudian saya draw untuk cikgu.

Cikgu Arifin: Tak perlulah saya susahkan dia, dia jauh di Langkawi. Nanti dengar macam ni susah hati pulak dia. Mesti dia nak dtg sini punya...

Ummie : Habis tu, nak duduk sini sampai bila? Ape penyelesaian yang boleh dibuat kalau tak nak call dorang.

Cikgu Arifin : Tak mengapa. Saya tunggu sahaja di sini. Sebab saya yakin akan ada rezeki saya terjumpa kenalan atau bekas anak murid yang ada menyinggah di sini.

Ummie: Ye juga ye.... itu lah untung jadi cikgu ni.... (sengaja saya mengiyakan sebab pelik dengan alasan dia yang tah pape)

Cikgu Arifin: Saya ni mmg tak sampai hati nak kacau anak-anak walau saya susah macam mana pun.... kalau ikutkan anak saya yang nurse tu dah lama nak hantarkan barang yang tertinggal tu. Saya tak bagi. Dia baru sahaja dapat lesen dan memandu kereta kancil pula. Nak bertolak lepas maghrib sebab dia tengah dalam bilik operation sekarang ni. Mmg saya tak bagi dia datang.

Ummie : Suruhlah kawan dia temankan. Lagipun macam mana nak memandu dengan lesen tak de ni.

Cikgu Arifin : Ha yang tu mmg kebetulan sungguh!! Malam tadi saya kena tahan dengan polis. Masa dia tgk lesen dan Ic, tiba-tiba polis tu panggil saya Cikgu - Rupanya bekas anak murid saya. Lepas dia pulangkan Ic dan lesen saya letak sahaja atas meter dekat stereng tu sebab dia suruh saya cepat-cepat bergerak tanpa memberikan saman.


Saya mula teruja dengan keberuntungannya menjadi seorang cikgu. Sambil dia menunjukkan Ic dan lesen memandunya yang dimaksudkan – kepercayaan saya mula meningkat. Tetapi..... dia hanya menunjukan bahagian gambar - jari dan tangannya melindungi bahagian details.


Saya cuba mengambil dari nya untuk meningkatkan keyakinan kepada dia. Maklum la saya dah dengar banyak cerita-cerita yang sebegini. Saya yang lurus ni sebenarnya sudah mula meyakini yang dia betul-betul dalam kesusahan dan sangat-sangat memerlukan bantuan. Tapi saya masih kuatkan hati untuk tidak mengalah memberikan wang kepadanya.

Cikgu Arifin: Mujur ada hentian Jejantas yang dua hala macam ni. Kalau tak da juga terserempak dengan orang yang saya kenal di sini, boleh saya mencuba di sebelah sana.


Saya diamkan sahaja. Saya mula rasa dia seperti mendesak saya untuk bersimpati dan menghulurkan duit agaknya. Saya senyumkan sahaja dan cuba yakinkan dia pasti ada org yang dia kenali yang muncul. InsyaALLAH.

Cikgu Arifin: Tadi saya ke pejabat urusan minta jasa baik nak bayar tol ni kemudian dengan meletakkan rantai leher isteri saya sebagai cagaran. Tapi pegawai tu tak nak terima sebab semua urusan adalah tunai dan RM.

Ummie: La ye ke... tak kan la rantai leher pun tak laku di mata dia.

Cikgu Arifin : Kalau saya pun saya tak nak. Takut juga terkena tipu dengan barang palsu. Orang sekarang ni banyak yang menipu. Dah habis orang baik gamaknya.


Saya mmg dah hampir 70% mempercayainya. Tapi saya masih berkeras untuk tidak member. Tapi dalam masa yang sama saya rasa sangat tak senang hati. Sebab saya dapat tgk cara dia dah mula mendesak. Dia macam bercerita non-stop dan Nampak agak terdesak.


Saya malas nak berlama-lama saya mula mengemas barang-barang saya untuk beredar. Saya mula fikir yang bukan-bukan. Dengan laptop saya depan mata dia – hanya seinci sahaja dari tangan dia. Dan dengan Aqis yang masih kecil di dalam stroller. Kalau la dia bertindak luar kawal macam mana saya nak bertindak pula... saya memberikan alasan nak sembahyang asar di surau. Dia seperti tidak berputus asa dan terus mencuba yang seakan-akan mendesak saya.

Cikgu Arifin: Saya ni kalau ikutkan, tak sampai hati juga nak menunggu sahaja macam ni. Kesian pada cucu dan isteri yang dari pagi lagi belum makan apa-apa. Ada makcik nya dalam surau dengan cucu saya. Mujur ada biskut dalam kereta, itu sahaja buat alas perut cucu saya.

Owhhh... one more.....sigh.....


Bila dia sentuh bab cucu dia lapar, sungguh saya sudah kalah. Hati saya yang baru sahaja menjadi ibu ini sangat tersentuh. Saya rasa kasihan memikirkan cucu nya itu.

Ummie: La kesiannya. Call je la cikgu anak cikgu tu...kalau saya nak pinjamkan duit pun tak seberapa yang ada. Lepas nak makan je la...nak bayar tol pun tak lepas....

Cikgu Arifin : Dapat lepas bagi dorang makan pun dah besar rahmat untuk saya. Saya tak de meminta ye dari wawa. Kalau wawa sudi pinjamkan terima kasih sangat-sangat.


Muka dia kemerahan, macam nak rushing pun ada. Dia berdiri sambil mengeluarkan buku nota kecil dari poket baju (lagak nya mmg macam seorang cikgu).

Cikgu Arifin : Wawa tulis no akaun dalam buku ni. Esok saya bank in kan duit wawa.


Saya macam terkedu. Macam takde pilihan. Laptop saya pun belum sempat saya masukkan sepenuhnya dia dah beriya bangun macam saya betul-betul nak bagi duit. Pikirkan Aqis yang masih kecil saya macam nak cepat – cepat beredar dari situ.


Saya masih berkira-kira berapakah yang nak bagi kat dia. Dalam wallet saya ada not RM50 dan RM10 ... haihhhh..... dah pasti saya kena bagi RM50 kat dia (sudahlah duit ini adalah pemeberian Cik Idah – adik MIL kepada Aqis).....


Setelah selesai menuliskan no akaun saya dalam buku nota dia.... saya pun cepat2 berkemas. Dia meminta saya mengambil no telefon dia.... saya terus dail di handphone dan terus buat call – ya telefon dia berdering di depan saya. Saya rasa yakin semula tapi gaya dia mmg sangat “something wrong somewhere”....


Setelah semua dalam keadaan selamat, Aqis, Hanim dan Laptop, - saya yang masih tidak mahu mengalah cuba memberi pilihan pada dia. Saya kata nak masuk surau jumpa isterinya dan akan memberikan duit itu kepada isterinya. Dia tiba-tiba macam sudah hilang punca. Tapi mmg dasar pembohong agaknya dia pun masih tidak mahu kalah. Dengan memperlahankan suara yang seakan-akan bergetar dan mata yang macam berkaca dengan genangan air mata, dia terus berusaha.

Cikgu Arifin : Macam ni la wawa, kalau wawa ikhlas nak bantu saya, wawa bagi pada saya sahaja. Saya ni lelaki saya akui saya ada ego. Saya malu dengan orang rumah saya kalau dia tahu saya terima bantuan macam ni.....


Desakan dia makin terasa. Saya pula yang hilang punca. Saya tak tak tahu nak bertahan macam mana. Saya sudah tiada pilihan. Saya bagi dia RM50...


Sungguh lahabau punya Cikgu Arifin, boleh dia minta lagi RM10 untuk buat minum. Saya mula nak naik angin. Saya sound kat dia “kalau saya bagi semua saya pulak yang tak boleh bayar tol!!! “ .... Saya kelam kabut nak menuju ke surau nak tgk betul ke ada isteri dan cucu nya - dia pula kelam kabut nak caw cin caw !!!! Elok sangat la tu......


Saya meluru ke surau dengan Hanim dan di surau ianya kosong dan sepi. Darah saya berderau dan sangat sakit hati. Saya berpatah balik dan cuba menjejaki Cikgu Arifin tapi kelibatnya pun sudah tiada. Macam orang bodoh saya kehulu kehilir dengan stroller anak dan beg laptop yang berat bersama tugasan yang tidak siap!!!!!!


Tapi perjuangan saya tidak habis di situ. Dengan sisa-sisa semangat yang masih berbaki saya tetap berusaha. Berusaha untuk apa pun saya tak pasti. Nak dapat semula duit tu dah mustahil sebenarnya. Saya rasa sangat marah dan tak puas hati. (cerita penuh).


Me: Semuanya segar lagi dalam ingatan. Sebab saya tak puas hati saya terkena juga walaupun saya mmg sudah tahu. Lama saya nak terima hakikat ni. Rasa malu sangat pada diri sendiri. Barulah saya tahu macam mana orang lain boleh tertipu. Bak kata MIL “usahkan ko yang ada degree, Fadzilah Kamsah pun kena tipu hidup-hidup juga”. MIL suruh pakai ‘tut.....’ terbalik aje kalau nak keluar rumak... MIL kata saya kena pukau. Saya rasa dia tak pukau sebab masa dia psycho saya azan asar ada berkumandang. Lagi pula saya dan Hanim, dua-dua dalam keadaan sedar. Saya berfikir dan bergelut dengan perasaan sepanjang berkonfrantasi dengan makhluk penge”paw” tu. Sambil-sambil juga saya baca ayat Qursi tapi tak sempat habis dek orang tua yang asyik menyampuk sahaja.

Tuesday, October 26, 2010

Penge 'paw'

13 Oktober haritu,

HOT FM punya Hot Check (ye ke ejaannya) on topik "Rakyat Malaysia Pemurah Tak Bertempat". Respon tajuk akhbar pada hari tersebut.

FBI ada cerita pasal pengalaman dia masa zaman tengah belajar dulu... lebih kurang macam ni la:

ada seseorang yang nampak macam dalam kesusahan cerita tertinggal itu tertinggal ini nak balik sana nak balik sini .... disebabkan dia masih pelajar dia ada bape ringgit je la yang boleh di bagi.... tak silap katanya RM10 ....

Berapa umur FBI ni?

Rasanya dia ni pangkat abang-abang....zaman campus tahun 90-an.... kalau betul jangkaan saya tu maknanya "makhluk pengepaw" dengan kaedah ni dah lama la ada.... bukan la modus operandi yang baru rupanya....

----------------------------------------------------------------------------------

Sekitar pertengahan tahun 2006, Hentian Sungai Perak .....

Adik lelaki saya isi minyak di Petronas, ada sorang pakcik ni menongkah arus berpatah balik di laluan motosikal. Dia mendekati adik saya dan memulakan dramanya.

Pakcik : Pakcik dalam kesusahan ni nak. Pakcik baru balik dari USM tgk anak pakcik kemalangan. Kereta pakcik tinggal di sana. Pakcik bawak balik motor anak pakcik ni. Pakcik nak mintak tolong sangat kat anak.

BE: Tolong ape pakcik?

Pakcik : Beg duit pakcik tertinggal dalam kereta pakcik di sana. Minyak motor pakcik dah habis ni nak balik Cameron Hinghland. Pakcik nak pinjam duit dalam RM50

BE: Saya pun tak berduit pakcik. Saya belajar lagi.

Pakcik: Kalau macam tu berapa yang boleh la nak... bagi no akaun dan no telefon anak sekali. Esok pagi-pagi pakcik masukkan dan call anak ye....

Adik saya bagi Rm25 duit poket yang mak dan abah saya bagi untuk belanja dia di tempat belajar kepada orang tua tu....

Bila adik saya cerita, saya marah-marah juga, senang sangat percaya. Orang tu menipu tu. Sebab sebelum tu, sekitar awal tahun 2006, CikAni saya ada terkena macam tu jugak oleh seorang pakcik di Hentian Medan Gopeng.

Adik saya kata, "biarlah kat dia - ingat dia boleh aman ke kat dunia ni disebabkan RM25 tu je.... kat akhirat esok lagi nak menjawab ... kalau dia insaf dia bayar la balik , dia ada no akaun aku"....

Adik saya kata lagi "lagipun bukan aku leh tau dia betul2 susah ke tak, ALLAH je yang tau... kalau aku tak tolong tapi dia betul2 susah aku jugak yang susah, skang ni kalau dia menipu semoga dia la yang susah"

Kes yang makcik saya kena lagi ntah pape, boleh pakcik yang sama dtg paw makcik saya untuk kali kedua dengan drama yang sama. Dah kerap sangat menipu agaknya sampai tak perasan dah mangsa. Selang seminggu je kejadiannya.

Pakcik: Nak, pakcik nak balik ke utara. Duit pakcik tercicir. Tak cukup lagi RM10 nak buat beli tiket.

Wan : Pakcik, minggu lepas kan pancik nak balik ke Tanjung Malim kan...saya dah bagi dah RM10....tak cukup lagi ke pakcik??? tak sampai rumah lagi ke pak cik ???

CikAni saya terus sound aje pakcik tu sebab rasa geram sangat tertipu dengan "awta" org tua tu. Takde nak dengar dah dia starting dia punya cerita. Dah la muka masih segar boleh cam, baju pun baju yang sama dengan minggu lepas punya. Sekali pakcik tu pun tak nak kalah.

Pakcik : Alah takat RM10 pun nak berkira. Macam ni la org kalau dah senang tak nak membantu langsung.

Selamba dia sound dan blah.... ~cari mangsa seterusnya la tu.....~

Hampeh betul.....

Lepas tu ada la beberapa kisah lagi di Hospital Besar Ipoh yang lebih kurang juga kisah2 dramanya. Mengepaw org dengan drama yang bermacam-macam rupa.

Masa tu CikAni saya bertugas di sana.

Rupanya, banyak sangat makhluk ni berkeliaran atau pun makhluk tu makhluk yang sama.

Saya sangat pelik, hairan, menyampah, geram, jijik, bengang dan macam-macam lagi la perasaan bila pikirkan pasal pengepaw ni. Dah la tua. Nape la buat camtu. Teruk gila. Bukan semua org tengah senang. Sedap2 je mintak duit org. Macam adik saya, dia leh bagi semua duit dia pada org tua tu!!!!

Selalunya kalau saya terlalu tertanya-tanya, ALLAH akan tunjukkan saya dengan bagi saya melalui nya sendiri... skarang ni kalau saya dah jadi sangat tertanya2 dan tak puas hati baik la saya istighfar banyak2 ..... mintak sangat di jauhi ..... sebab dah banyak kali sangat terjadi lepas saya tertanya2 asyik memikirkannya - ALLAH bagi jawapan tu kepada saya dengan saya melaluinya sendiri....

ya .... akhirnya! saya telah mengalaminya sendiri : Penge”paw” saya ada watak dan berkarekter. Dramanya bertaraf megadrama kalahkan drama terbitan Eurofine atau Suhan Movie.

Penge'paw' saya seorang cikgu ..... cikgu taik kucing!!! (cerita lanjut)

Me: Ces!!! Terkena jugak aku dalam kisah ini.

Sakit kena Tipu....

Sakit boleh di rasa. Sakit tak boleh dilihat. Tapi sakit mmg ada. Punca sakit ada yang boleh dilihat dan ada yang tak boleh dilihat. Selalunya punca yang tidak dapat dilihat tu membawa rasa sakit yang amat sangat.


Mungkin ada yang biasa sahaja apabila ditipu. Tapi, saya selalu rasa sakit bila tau diri ditipu. Nak nak lagi kalau yang menipu tu org yang sepatutnya saya hormat dan dia rapat pada saya. Lagi pulak, bila dia Menipu Lagi dan Lagi dan Lagi!!!! Asyik menipu je....


Mungkin sebab mak saya seorang yang sangat jujur (terlalulah jujur bagi pandangan saya) saya jadi tak biasa pabila ditipu. Seingat saya, saya tak pernah kena tipu atau kena kelentong dengan mak saya.
Walaupun hal-hal kecil.
Tak pernah wujud tipu-tipu sunat ke, cover2 line ke, nak jaga hati ke ape ke ... mak saya mmg seorang yang sangat berterus terang, lurus (kadang-kadang ke arah bendul juga), telus dan jujur.


Bila jumpa sanak sedara time kenduri ke raya ke saya jadi takut je bila mak saya menjawab soalan-soalan org.... org tanya P - Q - R - S, mak akan bercerita start dari A sampaila Z ...
Selalu juga saya pesan-pesan kat mak, "kalau boleh tapis2 cerita bab kerja anak-anak ye"... yang tu kena jaga sikit.... ramai yang suka ambik kesempatan (letih juga sudahnya call kita semata-mata untuk ajak join MLM dan skim-skim cepat kaya bila tau kita ni mudah nak buat loan atau sebagainya)


Semua yang pernah mengambil SPM pasti sedia maklum, masa di tingkatan 4 dalam subjek pendidikan islam, Bab 11 - Dosa - Dosa Besar.


Menipu dan Berbohong tersenarai di dalam Dosa-Dosa Besar yang Mesti Dihindari !!! Tersenarai bersama yang lain seperti:

  1. Menghina dan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
  2. Mencuri dan Merompak
  3. Riba
  4. Makan Harta Anak Yatim
  5. Lari Dari Medan Perang
  6. Mengumpat dan Memfitnah

Menipu dan Berbohong ni bukan kecik-kecik benda .... tersenarai bergandingan dengan Dosa - Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat seperti :
  1. Minum Arak dan Menagih Dadah
  2. Zina
  3. Menuduh Zina
  4. Liwat dan Musahaqah
  5. Membunuh Diri

Yang paling besar, sudah semestinya Dosa Syirik Kepada Allah.


[Rujukan: Buku Teks dan Rujukan Pendidikan Islam Tingkatan 4]



Jangan nak tunding jari la pada yang orang-orang yang berbuat dosa-dosa yang kedengaran sangat berdosa macam mencuri, merompak, isap dadah, menderhaka sebab orang yang berbohong dan menipu pun lebih kurang aje ... kesan menipu lebih teruk dan akan menjadi punca kepada dosa-dosa lain.


Dosa bukan perbuatan. Tapi Dosa ialah balasan buruk oleh ALLAH SWT kerana melakukan laranganNYA. Dosa Besar ialah dosa yang akan menyebabkan azab yang pedih di akhirat ke atas kesalahan yang dilakukan di dunia ([Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4)


...........................................................................................



Saya sayang dia. Saya hormat dia. Saya tak berniat nak komplen dia atau nak kritik dia (sebab saya manusia biasa yang sering berdosa juga). Saya sanjung dia. Cuma, dia terlalu mudah menipu, awta, kelentong !!! kadang-kadang benda-benda yang remeh pun nak dikelentong... nak cover-cover line.... saya tau kadang-kadang alasannya memang kukuh. Tapi sampai bila. Jangan dosa itu disambut oleh anak-anak. Tempias dengan anak yang melakukan dosa-dosa besar lain yang lebih menykitkan dan menghancurkan.


Cerita soal anak - benda yang saya paling takut. Sebab saya pun punya anak. Mengata anak orang nanti ALLAH balas pulak. Nauzubillahiminzalik. Tapi saya cuba meluahkan sesuatu yang saya rasa benar di sisi agama. Macam mana nak harapkan anak berubah dan insaf kalau kita lupa mengisafi diri.



Selalunya saya pejam mata, pekakkan telinga, bodohkan minda bila tgk dia menipu dan sama juga saya buat bila saya kena tipu. Tapi, baru-baru ni bila saya tertipu lagi. Saya sedih. Rasa disisihkan. Rasa diperbodohkan.



Saya boleh faham alasannya. Saya boleh faham keadaannya. Tapi lambat laun benda tu akan diketahui jugak. Dan bila benda tu diketahui, hati ni berteriak "hadoiiii.... yang tu pun nak tipu2 gak ke?"...... dan sampai bila nak mengelak sesuatu dengan menipu - kerana menipu dan berbohong itu adalah Dosa Besar !!!



Mak saya tak pernah ajar secara formal " jangan menipu yek !!! " tapi dia telah ajar dari kehidupannya hari-hari dalam membesarkan saya. Sehingga kadang-kadang - atau selalunya, saya pun bendul juga. Namun, saya tetap tak terlepas juga dan tergelicir dari landasan yang sebenarnya.


Adakala saya tersasar menipu untuk menjaga hati, menipu untuk mengelak sesuatu yang lebih buruk. Tapi hati tak kan senang. Asyik teringat dan rasa bersalah. Nak nak lagi asyik tebayang betapa malunya kalau la penipuan terkantoi.... tu la pasal akan ada satu masa saya akan bukak mulut juga bercerita satu satu macam org bendul yang yo yo oooo..... kalau orang dengar mesti cakap "yang tu pun nak bagitau!!!" ... especially to my husband - saya akan "tot tet tot tet pot pet pot pet" cerita semuanya yang saya terbuat, sengaja buat, tertipu atau sengaja tipu.


Tu la sebabnya saya ditipu agaknya. Sebab saya bendul.... haihhh ........


Me: Kalau la saya boleh menegur dan beritahu kepada dia semua ini..... hrm.... susah sebab saya bukan org yang baik dan layak untuk menasihati kerana saya lebih memerlukan nasihat. Dan juga kerana kedudukan dia yang tinggi dan mulia di hati dan mata saya. Saya sayang dia. Saya minta maaf.