Tuesday, March 31, 2009

Tabung Bantuan Orang Kurang Upaya - Apa la nak jadi....



Today....Ntah ape la cerita di sebalik gambar-gambar ni...tapi ni la yang ada kat lorong belakang rumah perumahan kitorang ni....masa tengah jalan tu nampak macam kenal je benda ni ( selalu ada kat kedai runcit/fast food) so snap la pic nya - tengok la perangai org kat Ipoh ni ha....bukan banyak pun dalam tu...dah ramai sangat dah org terdesak skang ni agaknya....

Last week pagi2 tengah sesiap nak g kerja mak call mintak tolong balik kampung nak report moto LC 135 adik hilang...hilang di dalam pagar umah...ada alarm and handle lock...kunci pagar elok aje macam tak de kesan ape2 umpil pun abah bukak masa nak g semayang subuh....ntah la...katanya ni stail angkat dari dalam pagar ni..pagar umah tak tinggi...mungkin la.....serah aje kat kecekapan Polis DiRaja Malaysia menguruskannya....insuran lak cover ye ye bagai banyaknya tapi bagi duitnya separuh je dia return...

Last week lagi sebelum moto tu hilang ada cubaan pecah rumah (selang dua rumah dari umah mak-umah si kembar tersayang-asrul asraf)....dorang tak de kat umah g pahang ada kenduri...pagi2 buta seorang lelaki dalam lingkungan 20-an cuba nak bukak selak pintu belakang rumah asrul-asraf ni...dia guna kayu mop and jolok dari tingkap...kebetulan jiran sebelahnya kerja bawak van kilang so pagi2 buta dah bangun...dia try nak tangkap budak tu tapi budak tu lari, sebelum mengejar semula sempat la masuk umah amik parang untuk protect and belive it-berani tak berani la penjenayah tu nak cabar undang2 dia leh patah balik nak gak masuk umah tu-so sempatla yang bawak van kilang ni tangkap penjenayah tu...pagi2 buta mana ada org nak tolong so ada 3 org je yang pegang penjenayah tu...dia merayu2 mintak maaf coz dia kata dia mmg ada kes polis yang tak selesai lagi so atas dasar kesian sebab kenal family dia (ayah dah lama takde) dan ada sorang hamba ALLAH ni suruh lepaskan dia dengan reason dia tak sempat lagi nak curi apa-apa barang....hrm...

So adakah ia nya berkaitan?
Disebabkan kesian dia dilepaskan adakah dia tidak mengulanginya?
Adakah dia ada kaitan dengan kehilangan motor my adik ni?...wallahhua'lam...
Sempit dan terdesak sangatkah kehidupan kini...pamimpin kita gah lancarkan itu ini and capai itu ini and bermewah itu ini...tapi masih ada juga insan yang begitu terdesak hidupnya hingga tak pk langsung pasal org lain semata-mata untuk survive diri sendiri....atau tamak sangat kah dia untuk dapat hidup senang....hrmmm.....ntahla dunia....

P/s: Korang tutup lampu tak earth hour ritu? ehhehe.....kite mesti la coz tak de kat umah mesti la lampu tertutup je...

Friday, March 27, 2009

Rahsia Anak Cerdas & Cergas

Boring jugak duk sorang je kat umah sampai la Ahad ni...Aqis balik duk ngan opahnya coz weekend ni ada kem kat sekolah lama ku - smkasas...saje fun-fun nak join program yang alumni batch kitorang buat (FORSAS)...Rindu jugak kat Aqis walaupun baru sehari dia kat sana sebab dia tak sembuh lagi sakit mulut (pecah2/biji2 sebab panas sangat kot)...

Semalam dah dapat dah buku yang ku tunggu2 sekian lama...mana idaknya ye ye la bayar via maybank2u sejak dari Jan lagi...pastu dah masuk March ni heran jugak tak sampai2 jugak buku nya...rupanya dah bayar tapi maklumat diri like name, address ape sume idak la di baginya kat Karang Kraf...mujur la call dorang cakap baik2 je tanya bila nak sampainya...huhuhu...it's so lovely...

Tuesday, March 24, 2009

Astro ketika Hujan


Malam tadi ipoh hujan lebat-petir-angin kencang-semua ada la...selalunya kalau dah hujan terus aje la tutup astro tu maleh la kang tersengkak-sengkak aje...tapi malam tadi sambil2 layan dina yang meragam kaw-kaw punya (demam sakit tekak) tu...astronya terbiar pasang sampai la hujan dah benti...amazing jugak, coz tak de sebarang gangguan pun...

Hrm...rasanya dah jadi la tu...kalau idak asyik2 suh "biarkan dekoder anda di dalam keadaan stanby kerana kami sedang menaik taraf"...ataupun menjak RazakSAT dah naik agaknya...ntah ler...janji lepas ni jangan la tersengkak-sengkak dah astro ketika hujan...(gue bayar on time tau)...huhuhu....

Sunday, March 8, 2009

Zoo Negara 2009


Khamis sms Nina suggest bawak budak-budak g Zoo, by Friday dah dapat positive progression...tambahan lagi Anis pun balik so weekend ni ramai-ramai leh memriahkan lawatan ke "hadiqatul hayawan"(tingat 1st karangan masa amik arab kominukasi masa PMR dulu ~ huhuhu)..Plannya kul 8.00am (ye..pagi2 buta tu) nak gerak coz ikut pengalaman Wani kul9 tu org dah ramai que especially que nak naik tram...tak dapat tram masalah jugak dengan budak-budak yang ramai macam ni..Cik Sue n Cik Udin nak honeymoon kat umah, dorang kirim aje Hanann n Hadiif kat kitorang (siap offer bawak si Harris sekali tu)...so ini lah the groups yang enjoy together...Abie Dina: hrmmm....unfortunately ada urusan yang lebih penting yang telah mengatasi quality time yang patutnya kami spend together...what to do...

Excited sangat coz ni la first time Umie sampai zoo negara (ahahha~serius tak tipu, asyik g zoo taiping je sampai dah tau dah setiap pelusuk ruang)...Lagi best coz dina dah tau banyak juga (kenal binatang, tau bunyi2 and know to enjoy it)...yang potong sikit Dina suka nak dukung tak nak jalan...hilang mood Ummie dah letih jalan plus dukung Dina pulak tau...kalau abie ada leh la gilir2...penat je ada harness bagai tapi nak dukung jugak...hisy anak ummie ni la...Ni pic kami mula2 sampai n masuk ke dalam taman haiwan tu...

Kitorang dah gerak lewat sebab tunggu Danisya tak nak bangun setelah berkali2 digerak and tunggu Hanann&Hadiif sampai...Mujur la tak lewat sampai terlepas Animal Show time..so pagi tu kami tengok Anjing Laut and Burung buat show...memang best...Dina excited and enjoy sangat2...letih jugak jalan2 nak-nak pulak tak biasa lagi so jalan main sedap jalan je...banyak juga yang termiss macam org utan, gorilla, children world and beberapa lagi yang mmg tak larat dah nak ngadap...ada rezeki nak dtg lagi tgk show petang pulak (dengar kata anjing laut&org utan)...untung2 dapat pegi time cuti sekolah-mesti animal show lagi gempak2...tapi mesti pack gila la....ape-ape pun mmg best la untuk 1st hang out ngan family belah abbie Dina (selalunya g ramai2 time raya and kenduri je tak de peluang nak bercuti-cuti Malaysia lagi)...Chill Out!!!