Tuesday, March 31, 2009

Tabung Bantuan Orang Kurang Upaya - Apa la nak jadi....



Today....Ntah ape la cerita di sebalik gambar-gambar ni...tapi ni la yang ada kat lorong belakang rumah perumahan kitorang ni....masa tengah jalan tu nampak macam kenal je benda ni ( selalu ada kat kedai runcit/fast food) so snap la pic nya - tengok la perangai org kat Ipoh ni ha....bukan banyak pun dalam tu...dah ramai sangat dah org terdesak skang ni agaknya....

Last week pagi2 tengah sesiap nak g kerja mak call mintak tolong balik kampung nak report moto LC 135 adik hilang...hilang di dalam pagar umah...ada alarm and handle lock...kunci pagar elok aje macam tak de kesan ape2 umpil pun abah bukak masa nak g semayang subuh....ntah la...katanya ni stail angkat dari dalam pagar ni..pagar umah tak tinggi...mungkin la.....serah aje kat kecekapan Polis DiRaja Malaysia menguruskannya....insuran lak cover ye ye bagai banyaknya tapi bagi duitnya separuh je dia return...

Last week lagi sebelum moto tu hilang ada cubaan pecah rumah (selang dua rumah dari umah mak-umah si kembar tersayang-asrul asraf)....dorang tak de kat umah g pahang ada kenduri...pagi2 buta seorang lelaki dalam lingkungan 20-an cuba nak bukak selak pintu belakang rumah asrul-asraf ni...dia guna kayu mop and jolok dari tingkap...kebetulan jiran sebelahnya kerja bawak van kilang so pagi2 buta dah bangun...dia try nak tangkap budak tu tapi budak tu lari, sebelum mengejar semula sempat la masuk umah amik parang untuk protect and belive it-berani tak berani la penjenayah tu nak cabar undang2 dia leh patah balik nak gak masuk umah tu-so sempatla yang bawak van kilang ni tangkap penjenayah tu...pagi2 buta mana ada org nak tolong so ada 3 org je yang pegang penjenayah tu...dia merayu2 mintak maaf coz dia kata dia mmg ada kes polis yang tak selesai lagi so atas dasar kesian sebab kenal family dia (ayah dah lama takde) dan ada sorang hamba ALLAH ni suruh lepaskan dia dengan reason dia tak sempat lagi nak curi apa-apa barang....hrm...

So adakah ia nya berkaitan?
Disebabkan kesian dia dilepaskan adakah dia tidak mengulanginya?
Adakah dia ada kaitan dengan kehilangan motor my adik ni?...wallahhua'lam...
Sempit dan terdesak sangatkah kehidupan kini...pamimpin kita gah lancarkan itu ini and capai itu ini and bermewah itu ini...tapi masih ada juga insan yang begitu terdesak hidupnya hingga tak pk langsung pasal org lain semata-mata untuk survive diri sendiri....atau tamak sangat kah dia untuk dapat hidup senang....hrmmm.....ntahla dunia....

P/s: Korang tutup lampu tak earth hour ritu? ehhehe.....kite mesti la coz tak de kat umah mesti la lampu tertutup je...

2 comments:

  1. bahaya skrg ni..
    ramai org selfish..
    pemimpin selfish cari kekayaan kepentingan diri sdiri..
    org jahat pn selfish nk kaya cepat..

    kesimpulan: politician = penjenayah..

    yg susah org2 mcm kite..dok kt tgh2..

    erkkk..terlebih sudah..

    ReplyDelete
  2. ahahha..mmg akan emo la bab-bab politik hari ini kan...mujur la kita masih waras tak macam politik kat negara jiran betul tak....isk....kira give and take la dah kita sporting dorang pun jangan la pulun sorang lak-pandang2 la org kat bawah ni-cukup makan pakai tak?...ehehhe...ko daftar pengundi tak??

    ReplyDelete