Thursday, October 14, 2010

"Calon Isteri Untuk Abang"

Bila rasa terbeban menanggung ujian ALLAH, penat mengeluh dan merintih terasa insaf pabila tahu ada lagi yang lebih perit dan berat menempuh ujian hidup masing-masing. Kadang-kadang rasa bersyukur kerana tidak diuji seperti mereka. Tapi bila orang lain mendengar dugaan yang kita tempuh pun, mereka juga akan rasa bersyukur tidak di uji seperti kita di uji. Setiap ujian ALLAH yang diterima tidak dapat dibanding dan diukur kerana manusia itu tidak sama. Yang dah kawin dengan kisah-kisah dah kahwin yang tak kawin dengan kisah-kisah tak kahwin.


Bagi yang dah kahwin pilihlah yang mana satu; keluarga, kewangan, zuriat, seks, komunikasi, kesihatan, kecurang, attitude dan banyak lagi. Jika tiada diuji sperti yang tersenarai pun, banyak juga yang tetap meronta2 hati tidak puas dengan kehidupan dengan alasan-alasan lain yang kadang-kadang sangatlah kufur nikmat. Suami yang membosankan; tidak romantik, pendiam, tidak pandai bersosial, terperuk aje di rumah, taksub dengan hobi dan lain-lain yang kedengarannya remeh. Tapi mungkin juga bagi dia itu sudah cukup berat kerana dia tidak pernah diuji dengan ujian yang lebih dasyat atau dia tidak reti erti bersyukur.

Allah swt. berfirman:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Artinya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Q.S Al- Baqarah: 286)


Ape masalah yang berat sebenarnya sehingga perlu sebuah rumah tangga itu mencari jalan sehingga bergegarnya Arash ALLAH. Pening nak menentukan sebab semua terletak di hati dan pada kekuatan seseorang manusia untuk bertahan atau menyerah kalah.

Keluarga
Mertua yang menyibuk hal-hal rumah tangga, mengongkong anak sehingga menjadikan dia suami yang dayus, ipar duai yang hasad-menghasut-mengadu domba , adik beradik yang berpecah belah, beratkan urusan keluarganya sahaja, tidak menerima keluarga kita, berdendam, bla bla bla.....


Kewangan
suami tidak berkerja, menangguk titik peluh isteri, isteri yang menanggung rumah tangga, kedekut haji bakhil, berkira, terlalu taksub mencari kekayaan, boros pada benda yang tidak perlu (gilakan hobi), tidak pandai menguruskan kewangan padahal berkemampuan tapi bodoh sombong tak nak dengar langsung pendapat isteri.....


Zuriat
tidak punya anak atau anak berderet2 sehingga melangkaui kemampuan yang menyebakan stress berpanjangan, anak kurang hajar, anak tidak berguna, anak habib tip top tapi tak sedar diri juga bila dah "bercinta", anak terlalu sempurna sampai tak leh tahan dari riak dan u'jub......


Sikap
Ego, dia aje yang betul, bodoh sombong, pemalas, pentingkan diri sendiri, tidak sedar diri, tidak bertanggung jawab, tidak berdaya saing, tak berinisiatif, lemau, lembab, manje, dayus, ambil dadah, kaki botol, tak berkerja, merompak, mencuri bla bla bla (yang ni sampai bila pun tak abis nak senaraikan).


Hubungan
komunikasi yang lemah, soal di bilik tidur yang hambar-tidak mampu-membosankan, terlebih kemampuan hingga tidak terlayan, cinta sudah pudar dan alasan-alasan lain yang membawa kepada: KECURANGAN


abbie: Cammon la syg, yang ayg pening pale lebih dari tuan badan kenape?
ummie : hati ayg tak senang, serabut, tak tau nak kata ape...takde perkataan yang sesuai dapat gambarkan...ayg perlukan abg untuk dengar luahan ayg utk kendurkan semua ni. rasa sangat terganggu!!!
abbie: Org tu senang lenang tak de ape, dah dia yang pilih jalan tu ayg yang macam org gila sibuk hal org lain knp? kita pun tak sempurna. banyak nak belajar, nak betulkan. pikirkan hal sendiri je la...
ummie: ye bang, tapi...ntah la....ayg pun tak faham ape ayg nak...
abbie: ok. benda tu benda yang semua perempuan susah nak terima. dan dia pulak kawan ayg. mmg ayg akan "paisey". kalau boleh sudah-sudah la ye....

Ye...Paisey.....gitu la kot ejaannya. Simple sangat. Itu lah perkataan yang suami saya gambarkan utk perasaan saya. Ye perkataan paling tepat. Paisey tu susah nak diterjemahkan. Tapi perkataan tu cukup buat hati saya bertenang. Saya ralat sebab dia kawan saya.


Kami sama-sama membesar, sama-sama belajar walau di lain-lain tempat, sama-sama memulakan kerjaya walau di dalam bidang yang berbeza....saya jarang mengakui ada kawan rapat sebab semua kawan saya saya mmg rapat....kawan sekolah rendah, kawan Idrisiah, kawan SMKASAS, kawan METRIK Ganu, Kawan UPM, Kawan UiTM, kawan kerja tu belum sepupu sepapat yang selalunya di FB akan nampak kait berkait kawan-kawan saya....


Saya dan dia tidak la macam belangkas. Tapi dia kawan rapat saya. Mak saya kenal dia, dia pernah dtg tido di rumah saya dan mak mertua saya pun kenal dia sebab dia pernah juga dtg bertandang di rumah mertua...kami susah senang ketawa nangis bersama...tapi kami mula renggang sejak saya ada anak, tanggungjawab kerjaya masing-masing dan lain-lain...mula2 saya just faham-faham sendiri maybe dia memencilkan diri sebab dia masih lagi single dan saya dan kebanyakan kawan lain semua dah mula berkeluarga dan punya cahaya mata...dia mula banyak berkawan dengan kawan-kawan yang single - mungkin lebih selesa pada amatan saya.....


Dia perempuan yang sempurna, bukan gemok bukan hodoh...dia lah perempuan pilihan ibu mertua dan dia juga "calon isteri untuk abang"....kami yang pernah kata macam tu kat dia....dia mmg baik, menyenangkan dan ada kawan kami yang sampaikan berwasiat untuk suami supaya memperisterikan dia pabila meninggal. Ada juga isteri yang gagal melunturkan hasrat suami yang nak juga kawin lagi satu merisik dia sebagai "calon isteri untuk abang".... yang bujang juga ada merisik dia....tapi dia jenis yang susah untuk jatuh hati...sementelah lagi dia selalu menjadi org simpanan....yang merisik dan bertanya hanya sebab nak membuat pilihan terbaik terhadap calon yang sudah sedia ada....bila dia menerima org yang bertanya tup tup melangsungkan pertunangan dengan org lain....


ye....saya ralat kerana dia terjebak di dalam kancah rumah tangaa org lain....sebagai insan kedua....yang mmg serius akan berkahwin sebagai isteri kedua....yang lagi ralat mmg dia terjebak dengan rumah tangga kawan-kawan kami juga....suami dan isteri itu dua dua adalah kawan kami....dan lagi ralat saya tak pernah tau benda ini.....dan saya dapat tau dari org yang sedang bergosip2 hal mereka.....ada yang bertanya kerana pikirkan saya kawan dengan dia....ye saya ralat.....lagi saya ralat kebanyakan masalah utama yang saya cite kat atas tu takde pada pasangan suami isteri ini (kecuali bab hubungan dan keluarga saya tak tahu sangat)....tapi dia tetap nak kan isteri kedua dan kawan saya mmg "calon isteri untuk abang" rela sebagai isteri kedua.....


ok my dear hati....benda tu mmg boleh...ALLAH izinkan...erm...nak cite pasal ni pun lagi panjang jadinya....nenantilah....



Nota Kaki: Saya wanita jadi saya menulis dari hati dan persepsi seorang wanita. Suami-suami yang perit di uji dengan kerenah isteri juga mmg ada. saya tak nafikan. tapi wanita itu boleh dibentuk kalau kena caranya....

No comments:

Post a Comment