Friday, October 29, 2010

Cikgu Arifin si Penge"paw"

Sambungan dari penge’paw’ (cerita penuh).


Di awal tahun 2007, semasa saya memulakan semester pertama pengajian saya, saya masih lagi dalam pantang. (cerita penuh) . Jadi, saya menghabiskan cuti bersalin di rumah mertua, lagi pula masa tu saya dan suami masih PJJ. Oleh demikian, sepanjang semester tersebut saya mmg berada di rumah mertua sahaja.


Di rumah mertua saya pada waktu tu tidak mempunyai talian internet. Adik-adik ipar masih bersekolah dan yang besar-besar sedang belajar di kolej. Tiada keperluan mendesak. Jadi, jika saya memerlukan internet saya akan guna di fakulti atau ke CC. Jika terlalu terdesak, saya akan ke Hentian Jejantas Sungai Buloh untuk menggunakan wifi percuma di sana. Belum mampu untuk menggunakan BB dalam masa tu. Ada kawan sekuliah dari TmNet offer BB dengan harga RM1200 full pakej. Haihhh – hanya yang pernah PJJ akan faham betapa cairnya aliran kewangan kita...kan....


[ Anna : Awak PJJ kes special. Awak tak kan faham. Ngeh ngeh ngeh]


Nak jadi kisahnya, masa tu saya kena sumit assignment ke email lecturer saya sebelum tengah malam hari tersebut. Nak ke CC tak selesa pulak rasanya sebab saya nak search banyak artikel dan perlukan masa yang lama mengikut perkiraan saya. Jadi berwifi di Hentian Jejantas Sungai Buloh adalah pilihan yang ada.


Tak nak menyusahkan MIL nak kena jaga Aqis (saya tak pasti ntah pukul berapa nak balik), saya bawak bersama Aqis yang waktu itu sudah genap 2 bulan. Hanim ikut utk temankan saya merangkap jagakan Aqis sementara saya menyiapkan kerja. Juga kononnya, saya nak belanja Hanim makan di somewhere (saya dah lupa di mana) bagi meraikan kebebasan selepas pantang.


Sebaik sampai, semua pondok rehat sudah penuh dengan keluarga yang berehat. Hanya ada satu pondok yang di bawahnya ada seorang sahaja yang duduk di situ. Jadi saya terus sahaja memilih untuk duduk berkongsi pondok rehat itu dengan lelaki tersebut.


Saya pun memulakan kerja saya setelah Wifi berjaya disambungkan. Aqis tak banyak kisah, diam di dalam stroller, Hanim macam biasa sibuk dengan sms sahaja (budak sekolah mmg macam tu - umur tengah laku)


Saya tidak mempedulikan lelaki tu, tapi ntah macam mana dia boleh juga tarik perhatian dan mencuri masa saya untuk berborak. Saya dah la nak menyiapkan artikel dengan english, lelaki tu pulak sibuk nak bertanya itu dan ini. Rasa rimas juga dengan dia. Agaknya dia lihat saya ada gaya seorang cikgu dia pun banyak bercerita tentang ragam dan pengalaman seorang guru.


Saya mula melayan sekadar menjaga hati dan hormat yang mula terbit bila dia memperkenalkan diri sebagai Cikgu Arifin yang bertugas di Alor Star, Kedah. Bila dia mula rancak bercerita tentang dia di dunia perguruan, saya mula bertanya beberapa nama, terutamanya nama bapa mertua saya yang saya kira pasti dikenali setelah dia menyatakan dia adalah guru Bahasa Melayu dan kini sudah menyandang pangkat Pengetua sekolah. Tapi tidak pula dia kenal. Jadi topik kami mati di situ.


Dalam masa yang sama saya tetap meneruskan kerja sambil membuat mimik muka seakan-akan dalam kekusutan yang amat sangat dengan mengharapkan dia faham saya sedang buat kerja ~ silalah jangan ganggu !!!! Saya mula menunjukkan kurang minat dengan cerita-cerita dia yang berkisar tentang Negeri Kedah dan anaknya yang bertugas di Langkawi.


Mungkin utk terus memancing saya, dia bertanya sama ada saya juga dtg dari Utara dan tinggal di sebelah mana? Saya sedikit kehairanan macam mana dia boleh meneka saya dari Utara (such a dendul one la).... Saya berteka teki adakah loghat percakapan saya ada berbunyi dari sebelah Utara? Dia kata, dia sengaja meneka sebab melihatkan plat kereta saya dari sana.....

Owhhhh.... I see.....

Saya dengan bendulnya dan tanpa ada sebarang syak wasangka menerangkan satu persatu perihal kereta dengan plat Kedah dan ~bla bla bla bla~ sehingga memeberitahu yang saya sekarang menetap di Ipoh. Saya cuba matikan perbualan di situ.


Kemudian saya kembali kepada kerja saya dan cikgu Arifin sedikit bertolak ansur bila saya menyatakan tentang sedang menyiapkan kerja yang berstatus “urgent”.


Sesekali Cikgu Arifin yang termenung bersendirian melepaskan keluhan berat sedang saya masih ligat mengetik bebutang keyboard walau hakikatnya saya rasa sangat terganggu dengan lelaki itu yang sentiasa cuba mencuri perhatian saya. Dia mula menunjukkan sedikit kegelisahan dengan mundar-mandir, bangun-duduk sehingga lah gatal sungguh mulut saya ni bertanya seperti mengambil berat Jadi, di sinilah dramanya bermula.


Dia kata dia datang dari rumah anak perempuannya yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Ipoh. Dia dalam perjalanan membawa cucu lelakinya bersama isteri menuju ke rumah anaknya di Kuala Lumpur. Membawa pulang cucunya semula setelah bercuti bersama mereka.


Dia berhenti berehat untuk makan dan minum dan ketika itulah dia baru tersedar yang dia telah tertinggal dompet. Dompet tersebut pula berada di dalam beg tangan isterinya yang mana telah tertinggal di atas meja makan di rumah anak perempuan nya di Ipoh.

Ohh ok.... what the “story”.....

Saya mendengar dengan penuh suspen dan simpati. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan saya hanya sekadar mendengar keluhannya. Saya memasang tekad tidak akan memberikan duit kepada orang yang tidak dikenali. Saya tak nak bagi dia duit walaupun cara dia bercerita tu umpama mengumpan saya untuk menghulurkan bantuan. Tapi saya tetap berusaha memikirkan jalan yang boleh di ambil oleh Cikgu Arifin. Dalam hati sentiasa berdoa “jangan la orang tua ni mintak duit aku pulak, aku nak belanja si Hanim ni dengan apa dah aku pun tak bawak duit yang banyak”

Ummie: Call la anak cikgu di Kl bagitau semua ni.

Cikgu Arifin: Saya tak nak menggangu. Dia orang suami isteri jenis kerja tak macam orang lain. Tak tentu masa. Selalu di dalam meeting penting.

Ummie: Anak yang di Langkawi tu? Paling tidak minta je dia masukkan duit dalam akaun saya dan kemudian saya draw untuk cikgu.

Cikgu Arifin: Tak perlulah saya susahkan dia, dia jauh di Langkawi. Nanti dengar macam ni susah hati pulak dia. Mesti dia nak dtg sini punya...

Ummie : Habis tu, nak duduk sini sampai bila? Ape penyelesaian yang boleh dibuat kalau tak nak call dorang.

Cikgu Arifin : Tak mengapa. Saya tunggu sahaja di sini. Sebab saya yakin akan ada rezeki saya terjumpa kenalan atau bekas anak murid yang ada menyinggah di sini.

Ummie: Ye juga ye.... itu lah untung jadi cikgu ni.... (sengaja saya mengiyakan sebab pelik dengan alasan dia yang tah pape)

Cikgu Arifin: Saya ni mmg tak sampai hati nak kacau anak-anak walau saya susah macam mana pun.... kalau ikutkan anak saya yang nurse tu dah lama nak hantarkan barang yang tertinggal tu. Saya tak bagi. Dia baru sahaja dapat lesen dan memandu kereta kancil pula. Nak bertolak lepas maghrib sebab dia tengah dalam bilik operation sekarang ni. Mmg saya tak bagi dia datang.

Ummie : Suruhlah kawan dia temankan. Lagipun macam mana nak memandu dengan lesen tak de ni.

Cikgu Arifin : Ha yang tu mmg kebetulan sungguh!! Malam tadi saya kena tahan dengan polis. Masa dia tgk lesen dan Ic, tiba-tiba polis tu panggil saya Cikgu - Rupanya bekas anak murid saya. Lepas dia pulangkan Ic dan lesen saya letak sahaja atas meter dekat stereng tu sebab dia suruh saya cepat-cepat bergerak tanpa memberikan saman.


Saya mula teruja dengan keberuntungannya menjadi seorang cikgu. Sambil dia menunjukkan Ic dan lesen memandunya yang dimaksudkan – kepercayaan saya mula meningkat. Tetapi..... dia hanya menunjukan bahagian gambar - jari dan tangannya melindungi bahagian details.


Saya cuba mengambil dari nya untuk meningkatkan keyakinan kepada dia. Maklum la saya dah dengar banyak cerita-cerita yang sebegini. Saya yang lurus ni sebenarnya sudah mula meyakini yang dia betul-betul dalam kesusahan dan sangat-sangat memerlukan bantuan. Tapi saya masih kuatkan hati untuk tidak mengalah memberikan wang kepadanya.

Cikgu Arifin: Mujur ada hentian Jejantas yang dua hala macam ni. Kalau tak da juga terserempak dengan orang yang saya kenal di sini, boleh saya mencuba di sebelah sana.


Saya diamkan sahaja. Saya mula rasa dia seperti mendesak saya untuk bersimpati dan menghulurkan duit agaknya. Saya senyumkan sahaja dan cuba yakinkan dia pasti ada org yang dia kenali yang muncul. InsyaALLAH.

Cikgu Arifin: Tadi saya ke pejabat urusan minta jasa baik nak bayar tol ni kemudian dengan meletakkan rantai leher isteri saya sebagai cagaran. Tapi pegawai tu tak nak terima sebab semua urusan adalah tunai dan RM.

Ummie: La ye ke... tak kan la rantai leher pun tak laku di mata dia.

Cikgu Arifin : Kalau saya pun saya tak nak. Takut juga terkena tipu dengan barang palsu. Orang sekarang ni banyak yang menipu. Dah habis orang baik gamaknya.


Saya mmg dah hampir 70% mempercayainya. Tapi saya masih berkeras untuk tidak member. Tapi dalam masa yang sama saya rasa sangat tak senang hati. Sebab saya dapat tgk cara dia dah mula mendesak. Dia macam bercerita non-stop dan Nampak agak terdesak.


Saya malas nak berlama-lama saya mula mengemas barang-barang saya untuk beredar. Saya mula fikir yang bukan-bukan. Dengan laptop saya depan mata dia – hanya seinci sahaja dari tangan dia. Dan dengan Aqis yang masih kecil di dalam stroller. Kalau la dia bertindak luar kawal macam mana saya nak bertindak pula... saya memberikan alasan nak sembahyang asar di surau. Dia seperti tidak berputus asa dan terus mencuba yang seakan-akan mendesak saya.

Cikgu Arifin: Saya ni kalau ikutkan, tak sampai hati juga nak menunggu sahaja macam ni. Kesian pada cucu dan isteri yang dari pagi lagi belum makan apa-apa. Ada makcik nya dalam surau dengan cucu saya. Mujur ada biskut dalam kereta, itu sahaja buat alas perut cucu saya.

Owhhh... one more.....sigh.....


Bila dia sentuh bab cucu dia lapar, sungguh saya sudah kalah. Hati saya yang baru sahaja menjadi ibu ini sangat tersentuh. Saya rasa kasihan memikirkan cucu nya itu.

Ummie: La kesiannya. Call je la cikgu anak cikgu tu...kalau saya nak pinjamkan duit pun tak seberapa yang ada. Lepas nak makan je la...nak bayar tol pun tak lepas....

Cikgu Arifin : Dapat lepas bagi dorang makan pun dah besar rahmat untuk saya. Saya tak de meminta ye dari wawa. Kalau wawa sudi pinjamkan terima kasih sangat-sangat.


Muka dia kemerahan, macam nak rushing pun ada. Dia berdiri sambil mengeluarkan buku nota kecil dari poket baju (lagak nya mmg macam seorang cikgu).

Cikgu Arifin : Wawa tulis no akaun dalam buku ni. Esok saya bank in kan duit wawa.


Saya macam terkedu. Macam takde pilihan. Laptop saya pun belum sempat saya masukkan sepenuhnya dia dah beriya bangun macam saya betul-betul nak bagi duit. Pikirkan Aqis yang masih kecil saya macam nak cepat – cepat beredar dari situ.


Saya masih berkira-kira berapakah yang nak bagi kat dia. Dalam wallet saya ada not RM50 dan RM10 ... haihhhh..... dah pasti saya kena bagi RM50 kat dia (sudahlah duit ini adalah pemeberian Cik Idah – adik MIL kepada Aqis).....


Setelah selesai menuliskan no akaun saya dalam buku nota dia.... saya pun cepat2 berkemas. Dia meminta saya mengambil no telefon dia.... saya terus dail di handphone dan terus buat call – ya telefon dia berdering di depan saya. Saya rasa yakin semula tapi gaya dia mmg sangat “something wrong somewhere”....


Setelah semua dalam keadaan selamat, Aqis, Hanim dan Laptop, - saya yang masih tidak mahu mengalah cuba memberi pilihan pada dia. Saya kata nak masuk surau jumpa isterinya dan akan memberikan duit itu kepada isterinya. Dia tiba-tiba macam sudah hilang punca. Tapi mmg dasar pembohong agaknya dia pun masih tidak mahu kalah. Dengan memperlahankan suara yang seakan-akan bergetar dan mata yang macam berkaca dengan genangan air mata, dia terus berusaha.

Cikgu Arifin : Macam ni la wawa, kalau wawa ikhlas nak bantu saya, wawa bagi pada saya sahaja. Saya ni lelaki saya akui saya ada ego. Saya malu dengan orang rumah saya kalau dia tahu saya terima bantuan macam ni.....


Desakan dia makin terasa. Saya pula yang hilang punca. Saya tak tak tahu nak bertahan macam mana. Saya sudah tiada pilihan. Saya bagi dia RM50...


Sungguh lahabau punya Cikgu Arifin, boleh dia minta lagi RM10 untuk buat minum. Saya mula nak naik angin. Saya sound kat dia “kalau saya bagi semua saya pulak yang tak boleh bayar tol!!! “ .... Saya kelam kabut nak menuju ke surau nak tgk betul ke ada isteri dan cucu nya - dia pula kelam kabut nak caw cin caw !!!! Elok sangat la tu......


Saya meluru ke surau dengan Hanim dan di surau ianya kosong dan sepi. Darah saya berderau dan sangat sakit hati. Saya berpatah balik dan cuba menjejaki Cikgu Arifin tapi kelibatnya pun sudah tiada. Macam orang bodoh saya kehulu kehilir dengan stroller anak dan beg laptop yang berat bersama tugasan yang tidak siap!!!!!!


Tapi perjuangan saya tidak habis di situ. Dengan sisa-sisa semangat yang masih berbaki saya tetap berusaha. Berusaha untuk apa pun saya tak pasti. Nak dapat semula duit tu dah mustahil sebenarnya. Saya rasa sangat marah dan tak puas hati. (cerita penuh).


Me: Semuanya segar lagi dalam ingatan. Sebab saya tak puas hati saya terkena juga walaupun saya mmg sudah tahu. Lama saya nak terima hakikat ni. Rasa malu sangat pada diri sendiri. Barulah saya tahu macam mana orang lain boleh tertipu. Bak kata MIL “usahkan ko yang ada degree, Fadzilah Kamsah pun kena tipu hidup-hidup juga”. MIL suruh pakai ‘tut.....’ terbalik aje kalau nak keluar rumak... MIL kata saya kena pukau. Saya rasa dia tak pukau sebab masa dia psycho saya azan asar ada berkumandang. Lagi pula saya dan Hanim, dua-dua dalam keadaan sedar. Saya berfikir dan bergelut dengan perasaan sepanjang berkonfrantasi dengan makhluk penge”paw” tu. Sambil-sambil juga saya baca ayat Qursi tapi tak sempat habis dek orang tua yang asyik menyampuk sahaja.

3 comments:

  1. kuang ajar kan
    xpe, ade balasan utk dia tu

    ReplyDelete
  2. alamak...saya pulak tak puasa hati dgn cerita ni..napa sampai kena paww..rm50 pulak tu..kalo saya, saya insist jugak nk tgk surau tu....jahatnya cikgu ripin..jaga hang..aku mai aloq staq kapla hang aku putaq! hahaha

    ReplyDelete
  3. Syana: aku serah kat ALLAH bulat2...dia tak kan senang selagi dia tak bertaubat.

    tu la pasal luna.... saya tak sempat nak sambung kisah ni...lagi sakit hati ngan jawapan si abang polis tau!! ahhaha....

    ReplyDelete