Wednesday, December 8, 2010

Semut Mati Kerana Gula

Harga gula pada tarikh masa dan detik saya mula jatuh hukum wajib membeli gula untuk keperluan dapur sendiri ialah sebanyak RM1.45 sekitar 5 tahun yang lalu.


Harga gula mula-mula naik sebanyak RM0.20 sekilogram. Tarikh pengumuman di buat di tengah malam 31 Dec 2009 dan perlaksanaannya bermula pada 1 Jan 2010.


" PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian itu pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen."

(Sumber : Utusan Online - 31 Dec 2009 ). Klik sini untuk artikel penuh.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi, bermulanya di tahun baru 2010 ini saya membeli gula untuk keperluan dapur saya dengan harga RM1.65 sekilogram. Ianya disetkan ke dalam fail Microsoft Excel untuk "bajet_dapur_2010.exl"


Sekitar pertengahan Julai 2010, harga subsidi gula dikurangkan dengan kenaikan RM0.25 sekilogram menjadikan harga gula berganjak kepada RM1.90 setelah 6 bulan kenaikan harga "dinikmati" oleh semua orang.


KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG RM1.85 sekilogram. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan mekanisme harga automatik. Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.

Bagi gula, pelarasan harga 25 sen sekilogram, katanya.


(sumber : Berita Harian Online - 16 Julai 2010). Klik sini untuk artikel penuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi setelah setengah tahun di dalam tahun 2010, saya mula membeli gula untuk keperluan dapur saya dengan harga RM1.90 sekilogram.


Belum puas "menikmati" kenaikan RM0.25 sekilogram gula tersebut, bajet dapur untuk tahun 2010 saya terpaksa di rombak sekali lagi.


"Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.



(Sumber: Malaysia Kini, 4 Disember 2010) klik sini untuk artikel penuh.

*Time ni la tak jumpa sumber dari Akhbar utama Malaysia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Oh ok! Sigh.....


Sepanjang 4 tahun menikmati harga gula sebanyak RM1.45, tidaklah dapur saya bermewah-mewah dengan gula. Cuma pembaziran ada juga berlaku iaitu bila gula dibeli dengan banyak, gula jadi rosak di dalam simpanan.


Ketika itu terasa juga dengan pembaziran tersebut tapi tidaklah terasa sakit hati sangat sebab harga gula ketika itu terkawal dek kecekapan pimpinan yang mampu menguruskan harga gula kekal di RM1.45 untuk tempoh yang panjang.


Jadi, saya merancang dengan membeli gula mengikut keperluan sahaja kerana dapur saya tidak bermewah dengan gula.


(ye saya dengar tu... ye! termasuk juga sebab saya jarang masak - ngeh ngeh ngeh).


Tiba-tiba keselesaan itu tergugat dengan kenaikan pertama.


Saya menyusun semula perancangan dengan memastikan bekalan mempunyai sekurang-kurangnya 2 bungkus gula untuk menunggu giliran masuk ke dalam bekas gula sekiranya gula telah habis digunakan.


Seterusnya, ia telah membawa gaya hidup dapur saya makin sihat apabila sebungkus gula di dalam bekas gula untuk kami 3 beranak boleh bekelana di dalam dapur saya sehingga 2 bulan lamanya.


Tiba-tiba sekali lagi keselesaan itu terganggu. Kenaikan kali kedua yang membuatkan saya hilang punca. Nak buat ape lagi.
Redha dan diam.
Sebab kenaikan tu tidak memberi kesan yang banyak terhadap saya. Kerana dapur saya tidak bermewah dengan gula.

Melaikan kesan terpaksa menukar angka di dalam lembaran kerja excel sahaja.


Belum pun setengah tahun "menikmati" kenaikan harga kali kedua ini, ada lagi rupanya kenaikan ketiga dalam tahun 2010.


3 kali harga gula diselaraskan dalam tahun 2010.


Oh Please Dong!!!


Aduhsss....



Nak cakap lebih-lebih siapa lah saya. Hanya mentimun di samping durian. Menggelek saya yang hancur digelek juga saya yang hancur.


Kenaikan gula hanya beberapa sen yang tak kacau pun duit mengeteh-mengopi atau duit nak bayar parking pegi shoping kita.... sekali pandang begitulah nampaknya.....

Tapi.....

Kenaikan harga gula yang tak berapa sen itu adalah punca kepada banyak perkara lain dinaikkan.


Terutamanya produk tenusu (mujur kerajaan sangat baik hati menyenaraikan susu bayi sebagai produk kawalan) .

Tapi yang lain - lain - lain - lain - lain akan dinaikkan juga.....


dalam vitagen ada gula, dalam chipsmore ada gula, dalam mentos ada gula, dalam teh tarik ada gula, dalam kopi aik cheong ada gula, dalam power root ada gula, dalam radix ada gula, dalam itu dalam dalam dalam lagi dalam semua itu sangat dalam dalam dalam sungguh sume dalam-dalam ada gula juga taruk dalam.....


Haiiihhhh.....


Me: Mati lah semut-semut lepas ni susah nak merasa gula lagi. Dapat jumpa gula bertabur di lantai dapur pun agaknya satu rahmat besar sungguh dah untuk semut-semut...



2 comments: