Sunday, December 5, 2010

Sakit, Ingat dan Sayang

Situasi 1

Bila ada yang tak kena dengan penampilan kawan kita yang sedang berdiri di sebelah kita dalam suasana berdepan dengan ramai orang (contoh dalam presentation, meeting, kenduri etc) kita akan cepat2 cubit atau tarik atau pijak kaki dia. Tindakan refleks yang memberikan kesan sakit. Kita buat sebab kita nak ingatkan dia (atau tegur). Sebab kita sayangkan kerana tak nak dia malu di depan orang ramai.


Situasi 2

Sayang anak tangan-tangankan [Bukan sampai sepak terajang. Yang tu babi hutan lebih baik dan penyayang banding ngan yang sanggup dera anak sendiri]. Bila si kecil tersilap, laju je si ibu akan jentik/cubit/tampar. Refleks yang memberikan kesan sakit. Tapi tetap tujuannya nak ingatkan atau tegur sebab sayang (selalu2nya sebab dah geram!! Tu yang mendapat tu... ngeh ngeh ngeh).


Situasi 3

Kebanyakan kesalahan, hukumannya dijatuhkan bersama sebat. Antaranya macam kes Kartika yang minum arak di khalayak ramai - hukum sebat. Membawa kepada kesan sakit. Sebab nak ingatkan bukan sahaja kepada yang kena malah kepada yang dengar dan lihat. Semunya kerana sayang kepada anak bangsa dan negara.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Yang sakit situasi 1: akan cepat2 betulkan mana yang betul supaya tidaklah termalu,
Yang sakit situasi 2: cepat2 betulkan juga bila dah kena penangan tu....

(kalau ye dia faham, kalau budak dia amik masa lama la sikit nak faham, tapi kesan nya bukan waktu kena cubit tu....kesannya masa dah besar insyaALLAH jadi orang, anak yang dididik macam tu banyaknya jadi "seseorang" banding dengan anak yang ditatang terang2 salah pun mak bapak tetap pertahankan banyak yang jadi "orang-orang" akhirnya)

Yang sakit situasi 3: insyaALLAH kalau guna akal fikiran semua yang terlibat akan betulkan kesalahan.



Bila kita sakit - tanda Allah ingatkan kita - ALLAH sayang kan kita.


Cepat-cepatlah bertindak. Muhasabah semula rukum Islam dan Rukun Iman. Di mana ada salah dan silap cepat-cepatlah kita betulkan.


Syahadah kita pastikan di paksinya.

Solat kita pastikan terdiri 5 tiangnya untuk menongkat kehidupan menuju ke alam sana.
Puasa kita pastikan cukup terlaksana (qada mana yang dah tertinggal fidyah mana yang sepatutnya)

Berzakat untuk kewajipan dan melindungi harta yang tak seberapa di dunia fana ini.

Tunaikanlah Haji bila berkemampuan. Pasangkan niat dan sematkan di hati insyaALLAH ALLAH lorongkan laluan ke sana.


Jadi bila kita sakit atau dapat tahu kita ada penyakit,

Bukan sekadar berusaha berikhtiar untuk berubat. (itu mmg satu kewajipan juga). Tapi bertindak lah segera bermuhasabah untuk membetulkan ape yang sepatutnya kerana ALLAH sedang ingat dan menegur kerana ALLAH sayang kita.


Cukupkah sayang kita kepada ALLAH.


Me: Peringatan untuk saya dan semua yang tersayang.




No comments:

Post a Comment