Tuesday, July 20, 2010

BF boleh ikat anak....

Alhamdulillah...berbaloi2 usaha mereka yang tak henti-henti meniup semangat, keyakinan dan kesedaran kepada ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak. Antaranya adalah dan semestinya susuibu.com... (ya off course banyak lagi tapi masa saya di tahun 2006 dulu saya banyak menimba ilmu di sini dan tak de jumpa lagi yang lain)..... terima kasih kepada cikgu Ili yang boleh dikatakan 100% telah membimbing dan menyokong saya untuk full BF....



Seriously masa saya mengandung dulu saya mmg blur habis...saya yang pertama di dalam keluarga saya dan pertama juga dalam keluarga suami. cuma di sebelah suami ada juga la maksu kami yang masih muda dan baru beranak kecil. tapi tak banyak yang dapat saya share atau timba ilmu2 pengalaman yang patut2 sebab kami tinggal berjauhan....


Sementelah lagi, saya PJJ ketika itu....awal mengandung tinggal dgn kawan2 bujang...kemudian 6 bulan terkahir saya tinggal menyewa seorang supaya mudah suami saya boleh dtg bila-bila masa sahaja tanpa halangan.....di rumah yang cukup2 seadanya untuk berteduh....


Tambahan lagi tempat kerja saya ketika itu......hermmmmmm.....sangat2 dhaif!!! (sebab kami berada di bangunan sementara untuk menunggu tempat sebenar siap dalam tempoh setahun dua)....bangunan kayu rumah2 zaman kolonial dulu menjadi tempat saya memulakan kerjaya....ibu mertua saya yang ada dtg menyinggah siap senyap seribu bahasa tgk tempat kerja dan rumah sewa saya di sini....so nak diceritakan kat sini kemudahan internet sangat2 la terbatas dan sepanjang saya mengandung pulak kami bertukar ke kabin yang sedikit selesa tetapi tiada sambungan internet malah tiada komputer....



Nak dijadikan rezeki saya, semasa saya memulakan cuti seawal 2 minggu dari tarikh bersalin saya banyak bersms dengan cikgu ili....dia tak pernah berhenti melayan semua soalan2 bodoh saya, mendorong dan mengajar saya semua langkah-langkah dan step yang sepatutnya....mmg mak dan mak mertua ada mengambil kisah tapi dari konteks yang berbeza...ni kawan2 ni lebih dekat dan telus...macam kita berforum dan berblog tetapi masa tu saya tak de langsung peluang untuk semua itu...kalau nak juga pergi lah ke cc...tidak ke pelik si buyung mengadap pc di cc.....


*Thank Ili sebab banyak ajarkan aku...


Cabaran saya masa BF kan anak dulu saya kurang mendapat sokongan....org terdekat lebih galakkan saya bagi susu botol sebab nanti saya susah dengan saya tinggal sebatang kara untuk membesarkan anak.....saya faham niat mak dan mak mertua saya tu....org lain sungguh pun PJJ tapi masih dekat dengan mak sendiri atau ada kakak atau abang yang boleh membantu...saya mmg terasing sendiri di tempat mencari rezeki....



Sebenarnya, kata mak saya....ada satu ketika di zaman mak-mak/cik kak-cik kak dulu, mereka berebut2 bersaing bagi anak minum susu brand ape dan berapa mahal dan sangat selekeh la ibu2 yang menyelak baju mebiarkan anak2 bergayut di dada....macam second class mummy yang masih "menetekkan" anak ketika itu...masa tu masing2 tutup mata kehebatan susu ibu dengan mengangungkan susu tenusu si ibu lembu....mujur lah saya anak org biasa dan bukan org senang....saya dan adik beradik saya semuanya membesar hanya dengan susu ibu....Alhamdulillah.....



Sedari awal saya mengandung, saya mmg memasang niat untuk BF dan kalau boleh selama yang mungkin...mak pun ada pesan set mind tu nak susukan anak supaya ALLAH mudahkan usaha....sebab ada org yang bersalin tapi susunya setitis pun takde....


Ada sorang cik kak yang saya kenal, dia ni org terpelajar sampai ke negeri atas awan dan mungkin itulah dia sedikit berbeza daripada cik kak-cik kak yang bersaing jenama susu anak ni...dia sentiasa menasihati saya jangan give up to BF....org akan down kan kita macam-macam....dan dia pesan susukan aje anak tu sampai selama mana pun selagi dia nak and selagi kita mampu....cik kak ni adalah seorang bekas manager di Shell dan husband dia Manager CIMB....dia BF bukan sebab dia tak mampu.....


Ada org kata BF ni nak jimat....tak cukup duit nak besarkan anak....seriously mmg ada yang tanya kat saya benda ni tau...dia leh kata "lactogen tu tak mahal mana tak leceh ke menyusukan? dapat jimat banyak mana je"...haiiihh....


Orang tua2 akan sibuk2 suh cepat2 cerai susu....kalau sedang mengandung semula lagi lah mereka beriya2 suruh hentikan menyusukan anak....sebenarnya tak salah pun menyusukan anak selama mana yang kita mampu....google la kat blog pa'an ni >> (sarakids).....


Ada satu perkara dari org tua2 pasal BF yang sangat menarik pada saya....tapi mungkin perkara ni takde significant dan ianya hanyalah satu pemerhatian tanpa analisa dan tanpa pembuktian yang kukuh..... but it's really nice dan harapnya biarlah ianya menjadi (dengan izin-Nya juga barulah ia terjadi)....


Saya pernah dengar yang Bf ni boleh ikat anak kita samapi bila2....lagi lama dia menyusu lagi kuat ikatan tu.....anak2 yang menyusu badan ni dia tak kan jauh dari ibu nya.....paling terkesan kepada anak-anak lelaki....anak yang menyusu dia masih mampu pergi berjalan2 naik kereta dengan ibunya walau sudah menjangkau usia remaja (selalunya bila dah sekolah menengah, budak2 lelaki dah tak mahu berjalan ngan mak dan ayah...lebih kepada berjalan dengan kawan-kawan)....tautan itu mesra dan akrab berbeza dengan anak-anak yang membesar dengan susu yang berkualiti tinggi dan mahal di dalam tin besi....


Seronok mendengar bidalan ini....harap ianya betul2 menjadi.....semoga ALLAH mengizinkannya dengan sedikit usaha murni seorang wanita yang bergelar ibu....


Ini sekadar sembang2 petua org tua-tua yang pernah saya dengar sajaha.....jangan lah risau wahai ibu2 yang tidak mampu menyusukan anak-anak....kerana bukan semua ibu2 bertuah dapat menyusukan anak-anak...bagi yang bertuah tu teruskan usaha anda.....seronok sangat sebab semua adik2 yang saya kenal yang sudah menjadi ibu semuanya berjuang untuk BF walaupun berkerja....


Me : Leceh mmg leceh....saya tak nafikan.....kurang2 dapat 6 bulan pertama full breast feed pun dan syukur sangat.....nak nak kita kerja...itu belum yang anak rapat2 setahun sorang lagi.....

Wallahuaklam....



No comments:

Post a Comment