Monday, May 25, 2009

Cinta Untuk Ain

Saya tak ikut siri drama ini tapi saya selalu terpaksa pasang siri ini setiap hari Selasa sebab saya nak mengisi masa lapang sementara menunggu Desperate Hosewives pada pukul 10.30 malam.

Tak tahu nak layan cerita ape lagi, Siri Betty di 8tv sudah kurang enak untuk ditonton, skop permasalahan yang agak kecil di mana hanya melibatkan sekitar masalah skandal dan fashion membuatkan musim terkini Betty kurang enak pada saya.

Tapi Cinta Untuk Ain pula adalah cerita jiwang yang ntah pape sebenarnya bagi saya..saya rasa kisah cintanya macam keterlaluan dan terbuat-buat saja. Seperti khayalan dan angan-angan si penulis yang digarapkan dalam bentuk lakonan...hrmmm...selalunya saya pasang dan biarkan tv itu berbunyi sahaja untuk mengelak saya terleka dan terlepas siri Desperate Housewive semata-mata.

Selasa yang lalu siri tersebut berakhir. Saya menonton dengan suami. Ada adengan di mana sebuah lori yang ada painting "Saya cintakan awak Ain" (macam tu la kot saya tak hafal la kata-katanya) melintasi Ain dan Syarul yang mana ketika itu Syarul sedang bersungguh-sungguh memujuk cinta Ain...

Hrmmm...saya dah mula loya dan terus memberikan kritikan dan kritikan... "Ada ke lagi cinta gila-gila atau gila-gila punya cinta zaman sekarang ni"...saya rasa macam saje tokok tambah je nak bagi cerita tu best...buat la yang reality sket....tiba-tiba persoalan tu menjadi satu isu yang seronok pula nak difikirkan dan dijadikan bahan sembang-sembang dengan abbie Dina.

Ummie : Ada ke lagi ye cinta sangat2 macam ni? Orang sekarang ni itik tak sudu ayam tak patuk, tak main la terhegeh2 dah kalau dah org tak nak...banyak lagi boleh cari....

Abbie : Mungkin ada


Ringkas membalas sambil terus menonton. Abbie Dina mmg kurang bercakap.

Ummie : Abang?? Cinta gila tak kat ayang?

Dia pandang dengan jelingan

Abbie: Ayang rasa?

Ummie: Alaaaa...tak aci la soalan di balas dengan soalan....

Senyum sikit. Diam. Sambung menonton...mmg itu lah suami ku tak banyak cakapnya....


Layan juga saya dengan isu kecil yang tak membawa ape-ape faedah tu...bila teringat cerita-cerita romantik serta tag romantik kawan-kawan blog, dan bila terkenang-kenang kisah drama cinta kawan-kawan terdekat seronok juga saya membuat kesimpulan mengikut pandangan saya...saya rasa ada la Cinta Sangat , Cinta Maut ni rupanya....

Cinta yang penuh usaha dan harapan - anna
Cinta yang penuh tekad dan pengorbanan - Syana
Cinta yang penuh pesona dan kyalan - Baiti
Cinta yang penuh kecekalan dan ujian - Noni
Cinta yang penuh keberanian dan matlamat - Yan

(Juast a few name, coz itu ni kawan-kawan yang mmg saya rapat dan tau kebanyakan episod cinta mereka)

Semua yang best mmg nampak kat orang je...bila baca nukilan ummie batrisya tentang cintanya selepas ada dua anak ni lagi membuat isu ni sering bermain-main di minda ni...aish....banyak lagi boleh dipikirkan tapi benda ni juga yang mencabar kepuasan analitikal minda saya....

Ape yang ummie batrisya cerita mmg betul la dan mengena tambahan lagi dengan ujian yang agak berat sering melanda, saya selalu lupa dan hampir tak jumpa memori-memori cinta gila kami.

- 1st date yang panjang tak pernah dibuat orang (hampir 24 jam) ... bukan berdua ye...berempat tapi 2 kereta (Syana, ko ingat tak?) ... Siap g semayang subuh kat Masjid Putrajaya lagi...

- Pernah juga kita main-main clash sambung clash sambung

- Pernah juga kita kejar mengejar (disaksikan tasik Serdang dan Taman Sri Serdang). Saje je nak kasi poyo kejar jalan kaki instead boleh je nak kejar naik kereta...


Erm cukup la nanti tak tahan nak muntah pulak korang baca...rupanya ada juga la ye adengan cinta yang ala-ala yang pernah saya lalui sebenarnya...


- end -


Tuesday, May 19, 2009

Kenduri Yong Adik

Walimatul urus kawan masa di SMKASAS sekelas dari form 4- 5 (of course la dah amik aliran tu mestilah sampai SPM duk kelas tu juge...ehehe) then sama-sama di UPMT (syana ko penah tgk tak? dia amik dip perikanan then kat Kolej 5 masa kat UPM Serdang)...

Mulakan perjalanan ke Kuala Kangsar dengan Bismillah....sian anak ummie pakai sun glasses neneknya yang dah patah...ntah bila dia kutip ntah tetau ada je kat rumah...nanti ummie beli kan ye...InsyaALLAH...
....
...
.
Dalam perjalanan dah mula layu, suruh tido dari awal tak nak....
....
..
.
Dah sampai kenduri - nyenyaknya anak ummie....
....
..
.
Dengan pengantin - Yong Khursiyah - Si adik
.....
...
.
Dengan kembar pengantin - Yong Khursihah - Si kakak
.....
Thank adik n yong....sedap hidangan hari tu....

Monday, May 18, 2009

Berkongsi? Ini bukan masanya...

"Setelah mencecah usia dua tahun, anak anda tidak suka berkongsi barang peribadinya dengan orang lain. Dia terlalu sayangkan barang yang diakui hak miliknya. Biarpun ada kesan negatif melalui sikap ini namun jika difikirkan daripada sudut positif pula, dia sebenarnya mempunyai sikap menyayangi dan cuba menjaga barang permainannya sendiri"
(Liza Ali et. all, 2008 : Rahsia Anak Cerdas & Cergas)


Dina mmg melalui fasa ini ketika ini...sangat2 la menjadi2...semua benda yang dia nampak macam orang suka/sayang/minat mmg selamba je dia akan kata itu dia punya...then punya la touching kalau orang ambik balik atau claim bukan dia punya....apatah lagi la kalau barang yang mmg dia punya termasuklah yang ummie abbie dia punya like hp, kereta, laptop etc la...

Alkisahnya semalam lepas balik kenduri Yong Adik kat Kuala Kangsar terus singgah cari hadiah untuk baby Fateh (anak Sakinah) yang dah pun nak masuk 4 bulan tu....malas dah nak tangguh2 and ape nak jadi pun mesti gak beli something bagi jadi jugak la...untuk mengelakkan cik kakak dina ni jelous haruslah carikan satu utk dia....

Tengah2 mencari terjumpa la ABC cubical yang mmg selama ni duk tercari2 sebab anak ummie ni sudah sekian lama nak sangat benda tu yang dia tengok dalam CD Barney (kalau ikutkan yang Barney punya tu kiub kayu punya, lagi cantik la)...ini kira lebih kurang aje la...dah dia angguk so kira ok la kan...

Sekali baca belakang kotak tu ---- "24 colourful blocks ..... " --- boleh pulak macma tu??? patut la bersungguh2 check nak pastikan lengkap tak lengkap mmg tak jumpa2 kiub huruf Y dan Z ... tak nak la beli dah macam tu...serupa ajarkan dia tak lengkap je...kang terbina dalam minda alphabet ada 24 huruf lak....nak pujuk nak explain ke macam la anak ummie ni boleh faham, siap dia ambik toy tu bubuh dalam troly dan dia siap duduk lagi atas benda tu sebaik saje sesi pujuk-pujuk baru nak mula....

Jadi urusan membeli hadiah utk baby Fateh pun licin la siap Dina yang pilihkan lagi....time nak balut tu boleh pulak lain jadinya...dah la terlupa beli wraper, yang ada kat umah ni hanya brown paper ni jela...boleh pulak dia tiba2 duduk dalam balutan tu selamba je kata ni dia punya...buatnya koyak kertas tu tertangguh la lagiiiiiiiiiiiiiiiii la nampaknya...nak berkeras kang dia lagi berkeras naya jugak...mmg panjang lebar la bait-bait puisi ummie memujuk Dina...
.....
...
kad ucapan ni decorated by kakak Dina khas untuk adik Fateh.... nak pujuk punya pasal la ni.....dan akhirnya ini lah hasilnya.....


Bertuah betul anak ummie
- end -

Sunday, May 17, 2009

Last week : RFC Sg Petani

Celebrate Mothers Day kat RFC Sg Petani.... (dah nak masuk hari bapa dah baru nak post - huhu)
......
...
.

Sampai lentok2 tidurnya masa nak pergi tu...
....
..

Inilah fast food yang pertama mak ngan abah makan...mmg tak pernah la dorang bawak atau dorang nak telan yang lelain tu...mak mmg strictly bab-bab jaga makan anak2 dia...tapi anak2nya yang pandai gak cari kot belah lain...huhu...maggi tu kitorang kenal pasal masuk asrama je tu pun dari kawan2...beli sorok2 je ngan mak...
......
...
.
Mmg meyakinkan...suci halal dan tidak syubhah...ayam dia mmg marvelous...mmg dapat rasala beza organik ngan tak organik...tapi yang lain2 kureng sket la...coleslow dia out terus..maybe dia tak buh benda2 yang tak elok that y dia tak bape menjadi - atau RFC boleh n perlu perbaiki lagi....
....
..
.
Asrul & Asraf :- X best kalau tak bawak dorang
....
..
Kalau bab main....aduh...susah betul nak ajak balik
....
..
Halal dan Toyyibah
kalau dah ada kat seluruh Malaysia beruntung la kita dalam membesarkan anak-anak...semoga u all berjaya dalam mentranformasikan makanan yang suci tanpa syubhah...amien...
....
..
.

thank tak terhingga kat miss sponsored yg berhati mulia....semoga dimudahkan dunia dan akhiratmu..amien...

.....
...
.

Semoga mak gembira dan bahagia

Seronok mak ngan abah, skang ni dah kira sedang menuai hasil semaian la

Friday, May 15, 2009

Semalam di Jusco Kinta City

Lepas naik keta kude pony ritu...hari2 mintak nak naik kuda mainan ni kat Jusco Ipoh...haru anak dara ni...padahal sebelum ni jenuh mengayat dan memujuk dah suh dia naik tapi takut...semalam lepas keje walaupun hujan bawak juga ler...tak larat dah dengar Dina berangan naik kude...sian anak ummie kan...

......
...
.



_ end _

Thursday, May 14, 2009

Ponnies n Dina...

Last week masa lalu kat Turf Club di Tmn Polo, nampak ada children's riding ponies yang tak pernah2 pun ada nampak sepanjang lalu lalang kat situ...Dina agak excited juge nampak pony yang cantik tu sampai membuatkan ummie dia pun turn back...rupanya ada event tadika-organized event la...so sembang2 lebih kurang pastu nak beredar la dah gaya macam takde peluang je, tiba-tiba organizer dia panggil n ajak naik je sekali just pay RM5 (adult) + RM2 (Child)... so ape lagi, mmg rezeki Nur Ardina Balqis la namanya...


organizer yang baik hati bersama budak2 tadika
.....
...
.
ponnies
....
..
.

Lucky Girl bersama ummie n cikteh

...
..

Tumpang sekaki - ummienya pun sama naik je excited juga....

Pony and Dina
...
..
.
Thank sangat kat Organizer dia (lelaki baju hijau tu suaminya, dia la yang beriya2 ajak juga kitorang naik)...walaupun dia cina dan tadika tu tadika India tapi bagusla dorang, tak kisah dan most welcome kat kitorang suh join jugak ...ape sangat la RM12 kalau dia ajak tu pasal duit je kan....Perak ni politik je kacau bilau rakyat ok je...berbilang kaum dan bersatu hati...

Monday, May 11, 2009

Job well done

Thank to Mamil Mama Gold Club for this....


Yang membuatkan terharu tu coz dia wish "Congratulations on a JOB WELL DONE" di mana----kad ni sampai sedang elok time rasa putus asa dan takut untuk membesarkan anak-anak...masa tu mmg down sangat sebab beberapa hari sebelum tu Dina buat climax ragamnya yang memang menguji tahap kesabaranku sampai habis langsung tak de tinggal sikit pun da...kat umah mertua pulak tu dia menguji ummie dia...baru 2 tahun aku dah sampai naik tangan naik hanger kat dia...masa tu macam-macam rasa dan pk...susahnya nak jadi ibu yang baik....susahnya aku nak bersabar...hrm...kesian dan menyesal jugak bila teringat....



Anyway...kad ni bersama hadiahnya (berpeluang aje ye bukan confirm dapat ni) sedikit sebanyak membantu juga dalam usaha muhasabah diri dalam memperbaiki diri...for me, asyik nampak Dina tu masih anak kecil yang lemah tapi tak perasan yang Dina is budak alaf ini yang diusia tu dia dah tau pikir, dah tau memberontak dan dah tau show dia punya perasaan...

And wish from her abbie pagi2 hari ibu semalam, cukup menguatkan semula semangat ini untuk meneruskan usaha menambah umat nabi muhammad yang soleh dan solehah --- amien....

Tuesday, May 5, 2009

HARI IBU 2009

Mesti ramai yang dah biasa dapat benda ni kat email bila tiba hari ibu (same to me jugak la) cuma kali ni ada seorang sahabat kat CG compile dan publish kat CG...so credit to CG portal...just tepek coz benda ni mmg menyentuh hati....

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talifon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

bila Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talifon pasanganku
Entah bila... aku nak talifon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.