Monday, April 27, 2009

Depo povera

Mukaddimah...

Suntikan perangsang hormon/Injection progestin seperti 'Depo povera' diberikan pada punggung atau lengan. Berkesan sehingga tempoh 3 bulan. Bergantung pada dos yang di berikan.

simptom adalah minima dan berbeza pada setiap individu. loya, peningkatan berat badan, jerawat, kejang otot, murung diawal ovulasi.Pengeluaran haid yang tidak teratur.

Dapat mengurangkan risiko kanser rahim, pelvic infection dan cyst, kekejang semasa haid.

Keberkesan : kajian kes 1 kehamilan dari 100 wanita dalam setahun

Sumber : Doktor di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan

Pengalaman saya:

Saya amik masa Dina dah 4 bulan, amik yang ni sebab saya masih full breast feed masa tu, so yang ni dia tak kacau penghasilan susu (Exclusive susukan Dina 6 bulan, Dina dah 2 tahun 4 bulan ni dia dah tak nak BF dah)...

Masa mula2 amik, bulan pertama tu ada juga period dan berpanjangan sampai la 25 hari (kena sembahyang jugak la hari ke 15 tu) then bulan kedua dan ketiga tak de period langsung..

Dah cukup 3 bulan sambung lagi suntik, masa ni bulan pertama tu masih sama jugak and bulan kedua dan ketiga tak de period langsung...masa ni selera makan dah mula menjadi2...badan dah naik dah supe berat time ngandung 6-7 bulan...(lagipun dah tak exclusive susu badan ni cepatla naik badan, mengikut fakta yang dapat masa tgk desperate housewive-menyusukan badan dapat membakar lemak dengan lebih efektif 3 kali ganda then exercise kat gym)

Then renew lagi utk 3 bulan and kali ni tak de period langsung da sampai la kali ke-6 renew da tak de gak period...total amik suntikan tu 6 kali untuk tempoh setahun setengah...Bulan 9 aritu stop amik suntikan sebab keperluan dah tak mendesak...

Bulan 12 Alhamdulillah dapat recover back to normal. Doktor bagi tempoh dalam 6 bulan utk recover, kalau tak dapat kembali normal kena berubat sikit la nak betulkan balik perjalanan period...

Kalau boleh - takde ape2 yang mendesak tak payah la kot amim benda ni...dia mengubah hormon kita dan kesannya kepada saya - saya jadi alergic pada kopi.

Masa tak dapat detect ape alergic saya sampai kan tahap menderita la saya kena sakit kulit (Pytiarisis Rosea). Sana sini g jumpa doktor, pakar la ape la...tak dapat gak sembuh...then saya cari la pelan-pelan ape la benda saya alergy dan akhirnya dapat tapi tak leh gak sembuh sepenuhnya...

Alhamdulillah pengasuh Dina ada kenalkan Lily Active Nano Water Can...minum air yang aktif dengan kesan Infra Red saya sudah pulih...cuma kalau amik kopi je jadi jugak la...naik berkuping2 dan gatal...masalahnya saya ni coffee lover...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....nagis la tgk kopi dan saya tak leh tinggalkan kopi...saya amik juga la tapi bila ada tak kena saya minum je air dari Nano Can tu...

Itu la ceritanya...




To Anna: Sorry tak reply sms awak, senang saya jawab kat sini je coz ada juga beberapa kawan lain yang sms tanya pasal ini juga...so saya tulis kat sini biar semua dapat baca sekali...harap dapat membantu....

Tuesday, April 14, 2009

Dina Demam Panas

Memang kalut - kabut - kusut last week...


Petang 9 Apr 2009:

Dina ikut Ain (ngan mak dan adiknya) g main di playground (Taman Polo)..lepas semayang maghrib aku amik Dina kat umah Ain (just depan umah je)..masa tu dia dah siap mandi (pinjam baju tidur Ain)...hingus dina makin pekat dan agak heavy, badan pun agak panas tapi dina still aktif macam biasa..

So tak leh ngelat....mengaji macam biasa (main je lebih)



Lepas ngaji siapkan nasi ayam yang aku beli, tengok2 Dina dah tertidur kat depan...gerak ajak makan pun tak nak...pegang badan dia dah panas semacam je...mmg panas sangat kalau ikut2kan tapi Dina nidah dekat 3 minggu demam kebah demam kebah...bagi ubat je kebah...so aku rasa macam biasa2 je la...tapi aku still cari termometer and kool fever...ya ampunnnnnnnnnnnnnnn...masa ni la tak jumpa sampai aku dah naik bengang la....time2 camni la tak nak jumpa...ni masalah aku kalau nak simpan, kononnya tempat yang abis selamat akhirnya tak jumpa langsung...habis rumah aku geledah dan sepahkan semata2 cari termometer tu coz yg penting aku leh tau suhu dia bape senang aku nak take action..


dalam duk mencari2 tu aku sambil2 buat keje aku, edit gambar rumah yang aku nak tunjukkan pada mertua dan parent aku sampailah aku tertidur...pegang Dina lagi dah surut panas nya so aku pun hanyut....dalam kul 3 pagi dia merengek2 sambil tangan dia pukul2 gerakkan aku....


Tetau tengok Dina dah macam ni!!!!!!!Sape tak cuak weiiii....sebak dan takut sangat....





Aku nak taruk ais dia refuse, nak jelum pale dia nangis2...aku tak nak la pressure dia lagi so aku turutkan aje la...aku cuci dan biar je dia baring...sementara tu aku call mak tanya nak wat camne...mak kata taruk ais dan tgk kalau masih berdarah g Hospital la....then dah sengah jam aku tgk masih berdarah gak lagi...malas nak susahkan hati mak jauh dia nak rushing2 lak kang aku tak call dah mak...


Aku nak watpe pun dia tak kasi...dia terus terbaring dan tidur...aku dah susah hati dah la sorang2 je kat umah...nak g Hospital pun aku macam berani tak berani je nak kuar umah kul 3 pagi camtu...aku call pengasuh Dina, dia kata biasa berlaku kalau panas sangat, taruk ais (masalahnya aku tak berjaya nak taruk ais, Dina punya ronta masyaALLAH)...


Dah dekat sejam masih berdarah lagi...aku dah tak boleh nak duduk dah...nangis sorang2 tgk anak macam ni...termometer aku hampeh tak jumpa2 gak (mmg geram betul ntah mana la aku letak sebab aku beli time dina dalam pantang lagi pastu tak de la guna pun coz Dina cepat sembuh dari demam selama ni)


Aku call Arifah tapi tak berjawab, Call Aidah di Johor (Pharmacist)-dia kata better bawak lekas ke Emergency coz budak2 ni kita tak leh jangka2 je...at last tengah2 bersiap Arifah call back and suh aku lekas2 pegi coz budak2 kalau dah sejam tu kira lambat sangat la bertindaknya....Fuh~~~


Aku kuar umah siap intai2 kiri kanan (macam2 aku takut hantu la org la semua la), aku Call mak Ain (jiran depan umah) tapi tak pick up pulak...sungguh2 gak aku call niatnya nak mintak tolong dia jenguk aku nak kuar dukung anak tu (rupanya hp dia duk tingkat bawah)...aku tawakal je kunci umah then dukung anak lari masuk keta - kunci - jalan terus (pengasuh Dina dah pesan g amik dia sekali g Hospital, tapi umah dia jauh sangat kebelakang, aku ni bukan la jenis yang berani sangat - hehehe)


Kat sana DIna muntah, dalam muntahnya dah banyak darah berketul2 hitam dah...aduhhhh mmg cuak...aku nak nangis tapi tahan je la...aku kena kuat...tak kan aku nak sama naik je ngan anak aku....


Akhirnya ape lagi...admitt la....


tapi....ni la dia anak dara ku Nur Ardina Balqis Mohd Azif Syazwan....dia ligat macam tak sakit je...tu yang aku tak leh nak jangka langsung kisah demamnya...pagi tu lepas bangun dalam kul 8 gitu la...boleh dia melasak main kat Play Room (dah la bilik sebelah play room...tension aku...depan org tak kan aku nak garang2 sangat ngan dia, dah la tengah sakit, terpaksa merelakan je dia nak main itu nak main ini walaupun geram sangat aku tgk)


Hrm...patutnya kena duduk at least 3 hari coz doktor nak kasi ubat antibitoik melalui line tangan complete cicle 3 hari tapi Ahad aku ada course penting (Dina tak nak ngan sape, dia punya nangis mmg boleh bangun la budak2 lain) so aku mintak balik awal (dia macam org tak sakit, kejap2 g Play Room - aku yang macam org sakit...terbaring geram kat atas bed dia...hrmmmm....)

Ape-ape pun mmg sampai skang terasa lagi kalut - kabut - kusut dengan peristiwa ni...kalau abbie dia ada maybe tak cuak sangat...at least ada kekuatan sampingan bila berdua...cepatlah abbie start kerja kat sini balik...

Wednesday, April 8, 2009

Char Koey Teow DJ

Kat Seri Manjung - Depan Hospital

Macam kuew teow bandung dah kuahnya...sedap...cuma udang dia tak kena la masa makan aritu-tak segar-macam dah lama punya-tak tau la kot style dia masak jadi camtu...yang special dalam mangkuk tu RM4.50 je (selalu aku jumpa special je RM6 dah semestinya dah)

Tempat ni pelanggan dia ramai tapi tak bising langsung (mmg satu2 je gerai yang ada bukak kat tepi jalan ni) - da macam makan dalam majlis perpisahan akhir tahun sekolah menengah lak- tak leh bising sangat ada jemput Pengetua sekali...

Tuesday, April 7, 2009

Langkawi 2009

Sejak Jun 2008 kitorang 4 beradik plan nak g Langkawi for Family Gathering tapi tak juga menjadi-jadi...nak kena ikut kelapangan Arifah dulu (dia mmg hak mutlak kerajaan Malaysia tgh cuti Raya pun leh kena panggil bertugas) then tgk pulak kelapangan Kakak n Mak (cikgu-cikgi), abah dah lapang (alhamdulillah dapat bersara awal), we all (insyaALLAH bila2 pun beresssss-jalan punya pasal), Zubairi (lagi beressss sokmo)... akhirnya satu langkah drastik telah di ambil iaitu tak payah plan2 pegi je terus...28 Feb 2009 seawal kul 4 a.m kami memulakan trip , we drove direct to Kuala Perlis (untung jalan darat coz P.Buntar dekat je nak ke sana)...pagi2 lepas selesai subuh di surau jetty kami pun bersedialah utk naik ferry...Trip kali ni mmg singkat dan betul2 gamble-mmg terjah aje Langkawi tu tak de book bilik ke kereta ke ape ke-mmg hadap je...mujur mak n abah boleh ikut jugak rentak anak-anak dorang ni...so mmg dah target siap2 tempat-tempat yang nak pegi...cabel car tu semua dah naik and semua macam tak berani dah utk kali ke-2 - cukup la dah merasa sekali - huhu

Antara asbab yang membolehkan trip ni menjadi jugak adalah seiring meraikan Asraf (kembar si asrul) yang telah berjaya dapat nombor 1 masa exam darjah satu (huhu~mmg bertuah la dia baru dapat no 1 dalam darjah 1 hadiahnya g Langkawi)...special twin ni mmg sejak dari umur dalam pantang lagi kitorang adik beradik mmg suka kelek ke hulu ke hilir mana aje kitorang pegi...parent dorang (kakna&abg mie) mmg sporting habis-itu yang membuatkan kitorang rapat sampai la skang dah macam adik beradik kami dah..asrul-asrf ni kira anak ke 4 dan 5 dalam family so that why la kot parent dorang tak bape kisah anak dorang asyik kena roket je ngan kitorang (jiran aje mmg tak de pertalian darah langsung)...dari zaman belajar dulu2 lagi-balik je cuti sem mmg mengangkut je la keje kami 4 beradik...kat mana la yang dorang tak pernah sampai yang kami sampai agaknya sume kalau boleh nak bawak...
Masa dorang kecik2 Arifah mmg selalu sebut2 (nazar jugak la) kalau sape2 dapat no 1 ms darjah 1 nanti dia akan bawak ke Langkawi...so mmg dah rezeki dapat la si Asraf ni no 1-paling bertuah adalah abgnya si Asrul-dah dia twin bawak aje la 2-2...untuk dorang semestinya nak pegi Under Water World-kitorang idak la mau masuk dah sebab baru je masuk masa trip Langkawi 2007 dulu-bagi dina ikut cukup la sebab dulu dia baru 6 bulan tak faham ape lagi...

Suggest dorang Island Hopping tapi sape pun tak berminat nak-nak tgk ads kat Jetty RM60/pax atau RM350 utk satu bot-sume pk nak shopping...kebetulan kitorang duk kat Chenang Chalet (tapi macam motel je-leh tido mandi udah bukan dtg nak tido-baik g jenjalan)- tempat tu dekat sangat dengan tempat island hop tu...ape lagi dah la dapat RM240/boat kira jadi aje la...experience ni mmg sangat2 best sebab selalu merasa redah hujan di darat kali ni kami meredah hujan di laut (tgk kat pic atas tu awan berkumpul tu adalah hujan sedang lebat-mmg tawakkal pada ALLAH je-pakcik bot kata tak de ape-so kami yakin memulakan perjalanan)...mmg best...
Masa ni rasa happy sangat dapat berkumpul satu family enjoy the The Island Hopping sama-sama (suka benda-benda yang macam ni)Setelah meredah hujan lebat tu kami sampai kat 1st destinasi iaitu Pulau Dayang Bunting-. Pic tu pakcik bot benti tengah laut-tengah hujan lebat utk tgk bentuk bukit yang macam perempuan mengandung tu..ya ampuuuuuunnnn...letihnya nak sampai ke tasek tu rupanya-dah la penat meredah hujan basah kuyup then mendaki lagi-fuh-mmg lasak si Balqis-syukur dia tak demam-ummie dia mmg nak demam- dah la nak berdukung je tak nak abbie dukung lak tu)....
Kemudian pegi tempat Eagle Feeding - masyaALLAH mmg best sangat....pakcik boat tu kocak-kocak air laut ngan usus ayam yang dia bawak then berterbangan la helang (pelbagai jenis tapi ikut turn-paling besar dan ganas turun dulu) menyambar2 je usus tu kat permukaan laut tu (helang tak berapa nampak dalam pic-laju dia menyambar)...Pantai Beras Basah (last destination) best jugak-dia macam lagoon so ombak takde-kitorang siap leh belajar berenang lagi...pasirnya sangat halus dan putih....
Ahad- sebelum balik kitorang jalan2 ke Gunung Mat Cincang, Telaga Tujuh (just jalan ngan keta je tak turun pun)

Shopping sikit2 kat Idaman Suri (tak dapat nak membeli banyak sebab tak cukup 3 hari 2 malam di Langkawi rupanya kalau beli lebih dari RM500 akan dikenakan cukai) then bergambar sikit2 kat Dataran Lang tu (kebetulan ada Iron Man-tapi dah habis majlis la-kalau tak very pack la kat situ) jadi kami pun berangkat pulang pada pukul 12.30 tengah hari....Terima kasih banyak kepada miss sponsored for the trip kali (sponsor paling tegar). Agak tak best adalah sponser utk makan iaitu kakak-sebab makan kat sana kadang2 tu macam tak munasabah je harganya-mmg stail tak kasi menu-harga ikut ape ntah-ada yg kata base on kereta ape yang customer bawak-hahaha. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan semua-amien...


Masa nak balik tu singgah kat Gerai yang kami pernah singgah dulu, sup dia mmg best...bihun sup utara..ada sambal merah-bukan sambal kicap....mmg sedap sup dia, nasi ayam pun best, air dia sume kaw-kaw tadek bajet2 punya...teragak2 gak masa cari gerai ni ye la semuanya nampak sama je di tepi sawah dan di tepi jalan...mujur ingatan n pengecaman abbie Aqis ala-ala macam Google Search je...Alhamdulillah tak la kempunan sebab mmg dari asyik menyebut2 nak singgah gerai ni...

Thursday, April 2, 2009

tag dari syana...lallala...

Bulan lepas nyer baru bulan ni aku buat...ahahha...dah basi-tak pe aku extra rajin aku extra info walau tak berkenaan-hahahha...aku try abis jujurnyer kuarkan pic yang betul2 yang ke-6 ekkk.....

Tag Tentang 6
1) You just go to your photo folder in your computer..
2) Then go to the 6th folder of photos..
3) Then go to the 6th picture in that folder..
4) Put the picture on your blog n description of it.
5) Invite 6 friends to join the challenge.
6) Link them in your blog n let them know they have been challenged.



1) You just go to your photo folder in your computer..
Standard---simpan kat My Document >> MyPicture

2) Then go to the 6th folder of photos..
Ngam-ngam kena kat folder "web-edited"...gambar yang telah di-edit dan compress...

3) Then go to the 6th picture in that folder..

4) Put the picture on your blog n description of it.
Pic ni aku edit utk post "Birthday Recap"-aku tengah hold as a draft-huhu...aku nak tunggu sampai birthday aku then aku kuarkan sume yang berkaitan ngan birthday2 kami sekuarga(insyaALLAH)...ahahha....
pic ni utk alkisah besday abbie dina yang takde date for birthday (tahun lompat daaaaa)...


5) Invite 6 friends to join the challenge.
alahai...kawan aku tak ramai....asik2 ko-aku-anna-yan...erm sape ekk yang bertuah...

6) Link them in your blog n let them know they have been challenged.
1.2.3) anna
4.5.6) yan
- dia ngah sibuk cuti-cuti Malaysia ni

ahahhaha...yang ke-6 tu aku main tipu sket arr tapi tetap tak terpesong...aku stil kekalkan motifnya iaitu Tag tentang 6...

Thank Syana

Wednesday, April 1, 2009

Bacalah ~ Iqra'

Bulan ni kita muqaddimahkah dengan membaca as our 1st family activity...ehehe...bagi sesetengah org especially abbie dina membaca tu adalah perkara biasa je tapi for me membaca tu agak berat sket coz tak berapa minat nak membaca...kerana...i'll take a lot of time to read...tak boleh la nak baca at a glance rasa tak puas...kalau boleh satu word pun tak nak terlepas, kalau baca novel ke cerpen ke-ya rabbi-lamanyala nak dapat habiskan...tiap dialog "ter"amati-kalau dialog gaduh macam gaduh la gaya bacanye walaupun dalam hati...bayangkanla kalau dialog sedih2-jiwang2 ke-lagi slow la pembacaannya... (Myra, Dhya, and Tisya - Princess Girls >> sepupu Aqis)
Memandangkan anak dara sorang ni walaupun baru 2 thn 3 bln tapi ikut umur sekolahnya dah 3 tahun (lahir 2006) so mmg dah berdikit2 kenalkan dia dengan buku...and baru-baru ni ada Aqis jumpa sepupu2 dia (cucu-cucu mak ngah kat Taiping), then Aqis pun dah mula jadi Princess Disney's fan dan...so bermulalah Princess collection Aqis secara serius (sebelum ni Barney&Friends)...Barney dia dah slow dah skang ni...mintak tgk bila2 rasa rindu kat Barney je...elok la pun dia pun dah beso sikit....Jadi seadanya - ini lah yang dapat dipersembahkan....
(New books untuk Aqis)
My first story book dulu adalah "Beuty and The beast" dapat hadiah dari abah lepas berjaya dapat 100% untuk math masa darjah 2 rasanya...Kakak Dhya (Dhya Adriana) pulak pernah hadiahkan Aqis baju gambar "Belle" so Aqis much like this princess then other...
(Buku Untuk Ummie)
Untuk uminya yang mmg kurang membaca walaupun setiap bulan melanggan magazine (Keluarga Harmoni & Pa&Ma) alkisahnya yang tiap2 bulan jugalah tak penah dapat habiskan baca semua magazine tu so buku-bukunya tak leh besar2 and tebal2 sangat...
(Buku untuk abbie)
Untuk abbie nya...hahah special ni....nape abi nyer yang ini...adakah kerana ianya mengandungi resepi2 hidangan yang perlu umi masak utk abbie~no no~ini adalah untuk abbie masak untuk kitorang...ahahhaha...yang penting buku ni adalah untuk resipi menu sihat kami....