Tuesday, April 7, 2009

Langkawi 2009

Sejak Jun 2008 kitorang 4 beradik plan nak g Langkawi for Family Gathering tapi tak juga menjadi-jadi...nak kena ikut kelapangan Arifah dulu (dia mmg hak mutlak kerajaan Malaysia tgh cuti Raya pun leh kena panggil bertugas) then tgk pulak kelapangan Kakak n Mak (cikgu-cikgi), abah dah lapang (alhamdulillah dapat bersara awal), we all (insyaALLAH bila2 pun beresssss-jalan punya pasal), Zubairi (lagi beressss sokmo)... akhirnya satu langkah drastik telah di ambil iaitu tak payah plan2 pegi je terus...28 Feb 2009 seawal kul 4 a.m kami memulakan trip , we drove direct to Kuala Perlis (untung jalan darat coz P.Buntar dekat je nak ke sana)...pagi2 lepas selesai subuh di surau jetty kami pun bersedialah utk naik ferry...Trip kali ni mmg singkat dan betul2 gamble-mmg terjah aje Langkawi tu tak de book bilik ke kereta ke ape ke-mmg hadap je...mujur mak n abah boleh ikut jugak rentak anak-anak dorang ni...so mmg dah target siap2 tempat-tempat yang nak pegi...cabel car tu semua dah naik and semua macam tak berani dah utk kali ke-2 - cukup la dah merasa sekali - huhu

Antara asbab yang membolehkan trip ni menjadi jugak adalah seiring meraikan Asraf (kembar si asrul) yang telah berjaya dapat nombor 1 masa exam darjah satu (huhu~mmg bertuah la dia baru dapat no 1 dalam darjah 1 hadiahnya g Langkawi)...special twin ni mmg sejak dari umur dalam pantang lagi kitorang adik beradik mmg suka kelek ke hulu ke hilir mana aje kitorang pegi...parent dorang (kakna&abg mie) mmg sporting habis-itu yang membuatkan kitorang rapat sampai la skang dah macam adik beradik kami dah..asrul-asrf ni kira anak ke 4 dan 5 dalam family so that why la kot parent dorang tak bape kisah anak dorang asyik kena roket je ngan kitorang (jiran aje mmg tak de pertalian darah langsung)...dari zaman belajar dulu2 lagi-balik je cuti sem mmg mengangkut je la keje kami 4 beradik...kat mana la yang dorang tak pernah sampai yang kami sampai agaknya sume kalau boleh nak bawak...
Masa dorang kecik2 Arifah mmg selalu sebut2 (nazar jugak la) kalau sape2 dapat no 1 ms darjah 1 nanti dia akan bawak ke Langkawi...so mmg dah rezeki dapat la si Asraf ni no 1-paling bertuah adalah abgnya si Asrul-dah dia twin bawak aje la 2-2...untuk dorang semestinya nak pegi Under Water World-kitorang idak la mau masuk dah sebab baru je masuk masa trip Langkawi 2007 dulu-bagi dina ikut cukup la sebab dulu dia baru 6 bulan tak faham ape lagi...

Suggest dorang Island Hopping tapi sape pun tak berminat nak-nak tgk ads kat Jetty RM60/pax atau RM350 utk satu bot-sume pk nak shopping...kebetulan kitorang duk kat Chenang Chalet (tapi macam motel je-leh tido mandi udah bukan dtg nak tido-baik g jenjalan)- tempat tu dekat sangat dengan tempat island hop tu...ape lagi dah la dapat RM240/boat kira jadi aje la...experience ni mmg sangat2 best sebab selalu merasa redah hujan di darat kali ni kami meredah hujan di laut (tgk kat pic atas tu awan berkumpul tu adalah hujan sedang lebat-mmg tawakkal pada ALLAH je-pakcik bot kata tak de ape-so kami yakin memulakan perjalanan)...mmg best...
Masa ni rasa happy sangat dapat berkumpul satu family enjoy the The Island Hopping sama-sama (suka benda-benda yang macam ni)Setelah meredah hujan lebat tu kami sampai kat 1st destinasi iaitu Pulau Dayang Bunting-. Pic tu pakcik bot benti tengah laut-tengah hujan lebat utk tgk bentuk bukit yang macam perempuan mengandung tu..ya ampuuuuuunnnn...letihnya nak sampai ke tasek tu rupanya-dah la penat meredah hujan basah kuyup then mendaki lagi-fuh-mmg lasak si Balqis-syukur dia tak demam-ummie dia mmg nak demam- dah la nak berdukung je tak nak abbie dukung lak tu)....
Kemudian pegi tempat Eagle Feeding - masyaALLAH mmg best sangat....pakcik boat tu kocak-kocak air laut ngan usus ayam yang dia bawak then berterbangan la helang (pelbagai jenis tapi ikut turn-paling besar dan ganas turun dulu) menyambar2 je usus tu kat permukaan laut tu (helang tak berapa nampak dalam pic-laju dia menyambar)...Pantai Beras Basah (last destination) best jugak-dia macam lagoon so ombak takde-kitorang siap leh belajar berenang lagi...pasirnya sangat halus dan putih....
Ahad- sebelum balik kitorang jalan2 ke Gunung Mat Cincang, Telaga Tujuh (just jalan ngan keta je tak turun pun)

Shopping sikit2 kat Idaman Suri (tak dapat nak membeli banyak sebab tak cukup 3 hari 2 malam di Langkawi rupanya kalau beli lebih dari RM500 akan dikenakan cukai) then bergambar sikit2 kat Dataran Lang tu (kebetulan ada Iron Man-tapi dah habis majlis la-kalau tak very pack la kat situ) jadi kami pun berangkat pulang pada pukul 12.30 tengah hari....Terima kasih banyak kepada miss sponsored for the trip kali (sponsor paling tegar). Agak tak best adalah sponser utk makan iaitu kakak-sebab makan kat sana kadang2 tu macam tak munasabah je harganya-mmg stail tak kasi menu-harga ikut ape ntah-ada yg kata base on kereta ape yang customer bawak-hahaha. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan semua-amien...


Masa nak balik tu singgah kat Gerai yang kami pernah singgah dulu, sup dia mmg best...bihun sup utara..ada sambal merah-bukan sambal kicap....mmg sedap sup dia, nasi ayam pun best, air dia sume kaw-kaw tadek bajet2 punya...teragak2 gak masa cari gerai ni ye la semuanya nampak sama je di tepi sawah dan di tepi jalan...mujur ingatan n pengecaman abbie Aqis ala-ala macam Google Search je...Alhamdulillah tak la kempunan sebab mmg dari asyik menyebut2 nak singgah gerai ni...

1 comment:

  1. best ekk dapat jalan2 1 family cam tue..family saya xleh lagi..masih macam dulu kann..awk pun tau sbb dah rasa kann..ntah laa..
    we..camne nk buat gambo campur2 tue..saya buta IT..huhuhu

    ReplyDelete