Monday, April 27, 2009

Depo povera

Mukaddimah...

Suntikan perangsang hormon/Injection progestin seperti 'Depo povera' diberikan pada punggung atau lengan. Berkesan sehingga tempoh 3 bulan. Bergantung pada dos yang di berikan.

simptom adalah minima dan berbeza pada setiap individu. loya, peningkatan berat badan, jerawat, kejang otot, murung diawal ovulasi.Pengeluaran haid yang tidak teratur.

Dapat mengurangkan risiko kanser rahim, pelvic infection dan cyst, kekejang semasa haid.

Keberkesan : kajian kes 1 kehamilan dari 100 wanita dalam setahun

Sumber : Doktor di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan

Pengalaman saya:

Saya amik masa Dina dah 4 bulan, amik yang ni sebab saya masih full breast feed masa tu, so yang ni dia tak kacau penghasilan susu (Exclusive susukan Dina 6 bulan, Dina dah 2 tahun 4 bulan ni dia dah tak nak BF dah)...

Masa mula2 amik, bulan pertama tu ada juga period dan berpanjangan sampai la 25 hari (kena sembahyang jugak la hari ke 15 tu) then bulan kedua dan ketiga tak de period langsung..

Dah cukup 3 bulan sambung lagi suntik, masa ni bulan pertama tu masih sama jugak and bulan kedua dan ketiga tak de period langsung...masa ni selera makan dah mula menjadi2...badan dah naik dah supe berat time ngandung 6-7 bulan...(lagipun dah tak exclusive susu badan ni cepatla naik badan, mengikut fakta yang dapat masa tgk desperate housewive-menyusukan badan dapat membakar lemak dengan lebih efektif 3 kali ganda then exercise kat gym)

Then renew lagi utk 3 bulan and kali ni tak de period langsung da sampai la kali ke-6 renew da tak de gak period...total amik suntikan tu 6 kali untuk tempoh setahun setengah...Bulan 9 aritu stop amik suntikan sebab keperluan dah tak mendesak...

Bulan 12 Alhamdulillah dapat recover back to normal. Doktor bagi tempoh dalam 6 bulan utk recover, kalau tak dapat kembali normal kena berubat sikit la nak betulkan balik perjalanan period...

Kalau boleh - takde ape2 yang mendesak tak payah la kot amim benda ni...dia mengubah hormon kita dan kesannya kepada saya - saya jadi alergic pada kopi.

Masa tak dapat detect ape alergic saya sampai kan tahap menderita la saya kena sakit kulit (Pytiarisis Rosea). Sana sini g jumpa doktor, pakar la ape la...tak dapat gak sembuh...then saya cari la pelan-pelan ape la benda saya alergy dan akhirnya dapat tapi tak leh gak sembuh sepenuhnya...

Alhamdulillah pengasuh Dina ada kenalkan Lily Active Nano Water Can...minum air yang aktif dengan kesan Infra Red saya sudah pulih...cuma kalau amik kopi je jadi jugak la...naik berkuping2 dan gatal...masalahnya saya ni coffee lover...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....nagis la tgk kopi dan saya tak leh tinggalkan kopi...saya amik juga la tapi bila ada tak kena saya minum je air dari Nano Can tu...

Itu la ceritanya...




To Anna: Sorry tak reply sms awak, senang saya jawab kat sini je coz ada juga beberapa kawan lain yang sms tanya pasal ini juga...so saya tulis kat sini biar semua dapat baca sekali...harap dapat membantu....

2 comments:

  1. Hehehee..we..kalau amik yg implanon 3tahun tue camne lakk?? IUD?? saya ada dgr IUD tue leh rosakkan rahim..adoiii laaa..
    Camne nie??

    ReplyDelete
  2. mmg macam2 kesan buruk tapi kebanyakannya dah dikaji...zaman mak mak kita dulu mmg banyak fail...kemajuan skang ni kira dorang dah membetulkan banyak juga la...kalau ada lagi cuma kes-kes terpencil gitu la...kes IUD tu banyaaaaaaaaakkk sangat kita dengar kan..kat opis saya ni ada mak mertuanya sampai kena buang rahim - tapi pakai implan yang kat bahu tu...jauh tu tapi kesan sampai macam tu la....

    ReplyDelete