Usai sahaja nama graduan yang terakhir di dalam senarai, tepukan gemuruh diberikan oleh semua di dalam Dewan. Ramai yang tak sedar termasuk la saya rupanya ada penyampaian anugerah terbaik kepada pelajar Sarjana Muda. Ingatkan sudah boleh bersurai dan bergambar di luar dewan.
Sebagai penutup, pelajar terbaik iaitu penerima penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Nur Azah Mohd Isa (Pelajar Perubatan) mewakili semua graduan dengan menyampaikan ucapannya.
Saat dia mengungkap " kepada suami, isteri, ibu dan ayah, anak-anak, rakan taulan dan semua yang terlibat, terima kasih di atas pengorbanan anda selama kami menempuhi semua ujian ini..... [lebih kurang macm ni la].
Ketika itu seluruh dewan menjadi sebak. Bertambah sebak dengan intonasi dan suara Nur Azah yang sedikit tertekan dek menahan sebaknya di atas sana.
Hati saya juga tersentuh. Tambah tersentuh pabila barisan hadapan saya yang sepatutnya menjadi tempat duduk para pensyarah telah dipenuhi oleh para ibu bapa yang bertuah (kerana kehadiran pensyarah yang kurang) berjurai-jurai air mata mereka.
Di layar juga kelihatan ramai graduan yang mengesat air mata (tak kira air mata jantan dan air mata kewanitaan) yang boleh dikatakan serentak dan seiring kami berkongsi perasaan tersebut.
Kalau di masa cnvocation Degree di UPM dulu, mungkin saya tak rasa tersentuh sebegini kerana jalan yang dilalui adalah sangat berbeza....
Memang degree agak tough - kredit yang banyak dengan full timenya, dengan tak matangnya, dengan bergantung ptptn dan ehsan mak ayah dan baaaaaaanyak lagi.
Tapi time degree yang masih remaja tu saya tidak berapa rasa dan faham tentang pengorbanan.... mungkin zaman tengah berseronok dengan kawan-kawan yang ramai (termasuk la dengan cinta hati la ape la) - agaknya.....
Pengorbanan .....
Ya pengorbanan suami yang setia menjadi tempat saya melepaskan segala sesak di dada (hanya dia yang faham) - "terima kasih sayang kerana sentiasa tegar melayani kerenah ayang"
Pengorbanan anak kecil saya yang tak pernah faham dengan ape yang dia lalui ... ditinggal2kan, diusung sana sini, dan tak terlepas juga menjadi mangsa ummie yang selalu gagal mengawal kesabaran terutamanya ketika tertekan.
Pengorbanan mak dan abah yang tak pernah jemu berdoa dan memberikan harapan.
Pengorbanan mak dan abah mertua yang juga sentiasa ada ketika saya memerlukan bantuan.
Pengorbanan semua adir beradik dan ipar duai (ciksue & Cikudin)..... banyak yang semua telah membantu.
Ya...banyak pengorbanan insan-insan terdekat ketika saya menhabiskan pengajian Sarjana ini.
Terima Kasih Semua
Me: Dengan sempena raya korban, sedang elok konvo time ni.... pengertian tu lebih di hayati... heheh...
tahniah awe
ReplyDeletebangga aku dgn ko!!
bila aku nk ikot jejak ko?? ntah la mungkin xkot
:(
takpe...kita tunggu syarul...lupa aku nak masukkan nama dia ekk.... aku edit skang juga....ahahhah...
ReplyDelete