Friday, July 1, 2011

SURAT AKUAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BAGI PEGAWAI YANG BERKHIDMAT DI DALAM SEKTOR AWAM

Dapat memo benda alah ni, terus terganggu mood saya berkerja di Jumaat yang indah ni.... dah kul 12.00 tengah hari da ha... tapi mood saya tak menentu lagi....

Bestnya kalo mood and momuntum kerja macam yang saya dapat semalam.... sepagian bermanfaat berhempas pulas mantapkan slaid 2 hours lecture bab yang terlalu sukar untuk difahamkan kepada generasi hijau dalam programming - kepuasan melihat cara dorang jawab KUIZ semalam cukup melegakan kepenatan otak yang dikerah dan di asak. Takde hal la kena kerja lebih pun....

Antara kandungan memo yang mengusik jiwa adalah: "Perakuan ini menjadi aspek yang turut diambil kira bagi memenuhi kriteria pemangkuan dan kenaikan pangkat"

Tinadakan macam ni ada juga baiknya kan (maybe).... Ini antara usaha yang diambil bagi menangani mereka yang masih degil nak bayar balik.... terutamanya yang berduit tapi tak nak juga buat bayaran.....

Alhamdulillah saya ada sedikit kelapangan untuk mengikut jadual pembayaran (walaupun ada juga yang terbabas) dan layak saya untuk penukaran UJRAH...

Yang menjadi hal pada saya, hrmmmm ...

Just a 2 sen pendapat saya je la kan....kalo too sensetif saya boleh je nak delete post ni... walaupun ini belog saya , saya tak kisah lah kalo ada yang nak suh delete pasal ni....saya bukan aktivis yang nak menghasut sesiapa...just menikmati kebebasan bersuara di negara demokrasi katanya kan....

Tak best la camni.... ni kan hal pendidikan!!! ...

Benda tu ada kos2 yang telah menaikkan jumlah yang telah pelajar dapat masa nak menuntut ilmu tu.... berhempas pulas habiskan belajar.... modal insan adalah aset untuk negara....untuk negara yang tercinta... (of course i love MALAYSIA!!!)

Dulu-Dulu boleh bagi biasiswa untuk pendidikan... dan banyak negara boleh bagi kelebihan dalam bab pendidikan ni... dan ada juga badan2 yang tidak kenakan sebarang kos untuk pinjaman walaupun tak boleh dah nak bagi sebagai biasiswa....mmg kena bayar balik tapi takde sebarang kos tambahan....

Saya pernah berada di dalam suatu masa saya tidak mampu membayar sehingga menghantar surat permohonan tangguh bayar, masa tu tak tau ape lagi, member buat kita pun buat la... nak start hidup katanya, time tu la baru nak susun baju kerja ada tukar2 untuk 2 minggu.....baru nak pandai beli make up Bobby brown ke MAC ke...asik avon je kan masa study dulu....

Tau-tau, mmg la boleh tangguh bayar tapi itu kos di sebalik itu amount sudah jalan juga la... jadi bila u dapat itu statement u tau la bape banyak u punya bunga sudah tambah itu sama u punya pokok la....u tau u baca u bayar la.....hamik ko!!!


So berbalik pada memo itu, hal kerja adalah hal semasa...

Kerja tetap kena kerja - kena berkhidmat... kerja atas dasar ibadah (kerana ALLAH) menjadi pangkal utama ... lain2 cabang untuk berkerja ;

kerja untuk kepuasan berhempas pulas habiskan 120 kredit untuk berdegree
kerja untuk survive/rezeki
kerja untuk gembirakan mak ayah (untung woo at least anak dorang ada diploma/degree dan ada kerja- anak kita??? belum tentu lagi.... *asuh jangan ternak!!)
kerja untuk negara

dan

kerja untuk bayar hutang pendidikan


kata la org tu mmg tak berdaya nak buat bayaran (dia tanggung mak ayah, tanggung adik2, tanggung anak bini, tanggung kehendak dan impian dia) tapi dia tetap kena kerja bersungguh2 dan layak untuk naik pangkat tapi nak buat camno yek....

Memo ni just mintak buat perakuan je la... bukan dia nak buat ape... dia nak suh maklumkan pemiutang tu ada kat situ jadi boleh la mengemaskini, hubungi, kutip balik dan kuatkuasa....

Cuma benda ni berkaitan ngan "PINJAMAN PENDIDIKAN" ... kecik hati gwes la... mmg kecik hati.... terutama bila ada yang cakap "kita kena berterima kasih tau, kalo kerajaan tak buat macam ni kita tak berpeluang langsung nak cium universiti tu..." huhuhu....


ME: Bacaan untuk yang mampu berfikir di luar kotak sahaja. Out of box macam mamat khalid/Arwah Yasmin... ahahha... "kalo tak mampu pikir luar kotak tak yah cuba2 tgk Hantu kak Limah balik rumah" dipetik dari status FB student saya... budak2 skarang mmg luar kotak sokmo...


Monday, June 6, 2011

Mampu tak Mampu

Umi: By, Dah naik ke?
Abi: Belum sayang, mampu lagi nih...
Umi: Owhh... masih boleh dinikmati la gitu....
Abi: Ye la sayang.... kang dah tak mampu - mmg sakit Jiwa!! nak kulum tak lalu nak luah takde rasa.... takde effect ape2 pun....


Umi: Memang takde ke skill nak bagi mampu gak ekk... pelik la.... takde dah ke orang yang bijak pandai boleh manage bagi mampu jugak....

Abi: Ape kayu ukur untuk cakap "mampu tak mampu" tu yek.. Kita ni kaya - bumi kita ni semenanjung emas. Kita sebagai rakyat macam dinafikan je hak untuk menikmati kekayaan ni bersama-sama kan...

Umi: Ye lah, mana ada yang percuma kita hidup di tanah air yang kita kata aman-damai-maju-berwawasan-bersatu teguh-semua yang terBaaaeeekkk ni kan.... ni nak bergerak pegi cari rezeki pun dah macam-macam yang kita kena mampukan jugak.

Abi: Kena mampu taruk minyak keta - kena mampu bayar tol - kalau nak jimat pun jalan la kat jalan tanpa tol tapi cukai jalan tetap kena bayar setiap tahun ye - tu pun kalo nak selesa lagi nak pakai keta ada brand (berkualiti) kena lah mampu bayar cukai AP pulak...kalo tak - pakai je kereta nasional dengan faedah pinjaman bank bersama kos2 sampingan yang berkaitan.

Umi: Kalo tak mampu nak bergerak ke mana-mana takat duk dalam rumah pun still kena cari jalan gak nak bagi mampu. Untuk hidup "aman" di kediaman di tanah air sendiri ni kita kena mampukan jugak.... nak tak nak kena bagi mampu untuk survive.

Abi: Cukai taksir - setahun bayar 2 kali sebelum 28 Feb dan 31 Ogos. Setiap tahun ditaksirkan anggaran kenaikan nilai rumah tu, kita kena bayar beberapa % dari nilai kenaikan yang dianggarkan tu.

Umi: Cukai tanah pun setahun bayar 2 kali. Ikut la tanah kita duk kawasan mana, dalam bandar mmg masak la nak memabayar, duk luar bandar lega la sket.

Abi: Semua rakyat Malaysia menikmati kemudahan elektrik tak de dah yang guna lilin ke pelita ayam ke, tapi pandai2lah mampukan diri untuk berjimat atau menanggung kenaikan tarif elektrik yang sentiasa lah dilaporkan kerugian dek arang batu meningkat - tak pernah nak untung ke??

Umi: Air yang kita sangat2 mewah pun bukan percuma jugak kita guna. Kita bayar. Tak kisah la kalau nak suh bayar untuk pengurusan yang cekap dan lebih baik. Tapi kita kena mampukan diri gak la sebab walau semewah mana pun negara kita ngan sumber air - tetap rakyatnya kena bayar bil air untuk kemudahan itu.

Abi: Pembentungan pun dah diswatakan untuk pengurusan yang lebih cekap. Bayar IWK katanya serendah...erk...rendah ke bayarannya? Bayar untuk pihak sape sebenarnya?

Umi: Komunikasi dan capaian internet kalau tak mampu melanggan mmg tak mandang ler.... pandai2la mampukan diri kalu nak jugak ke alam maya tanpa batasan untuk memajukan diri katanya... pasal jarang2 atau tak pernah la banyak yang jakun tak leh nak oak - org negeria puji2 melangit dah mula bagi semua duit kwsp pengeluaran umur 50 tahun....penat2 hari2 dah mampukan diri untuk teruskan hidup sedap2 je lesap dek kurangnya pendedahan.

Abi: Usahkan nak cite internet ke jalur lebar bagai la.... untuk media dan hiburan lebih dari yang disediakan secara percuma pun ada juga cas yang kena tanggung. 6% cukai kerajaan dah ada dalam bil astro... kalau tak mampu tgk aje yang percuma.... kelentong ke betul ke terima je la sebagai inputnya....pastu jadilah "warga minda pertama"...ye! harapnya berjaya.....

Umi: Nak fun-fun ngan family pun bersepah rasanya dalam bil ada 6% cukai kerajaan kan...pandai2lah kalau dah tak mampu tu kan....boleh la tolak tepi kalau benda tu tak penting mana... untuk benda2 penting macam pendidikan, kesihatan....

Abi: Pendidikan tiada yang percuma rasanya. Mendaftar sekolah darjah 1 - nak dapat pensel sebatang pun tak mampu kot. Di Australia - PR pun layak mendapat pendidikan sampai ke peringkat Tertiary dengan percuma...

Umi: ye la kan... pinjaman pendidikan dengan kos pentadbiran - skang tengah tukar term jadi Ujrah... yang pasti diberi pinjam 15K bukan la boleh digantikan dengan 15K jugak.... paling kurang - pulangkan la dengan 17K....dulu mampu je ekk semua belajar kat University dengan biasiswa tak payah return pun....

Abi: Itu la pasal....Klinik Satu Malaysia ada bayaran RM1 kan? ke percuma semuanya, yang?.... nak percuma - bukan percuma la kalo nak murah sket la - kena ambik cuti rehat satu hari la beratur kat Spital ye.... kalo tak mampu sila2 lah mampukan diri untuk bayar lebih ke klinik lain untuk perubatan ye.

Umi: Ntah la by, dengar2 aje - nak nampak klinik 1 Malaysia tu belum nampak lagi... terpilih je kot kawasan yang ada.... nak bagi mampu kena lah berkerja kan by.... cari rezeki di bumi tanah air sendiri ni... tak kan nak kena merantau duk jauh tinggalkan tanah air lak kan....

Abi: ye la sayang.... kang mampukan la diri tu untuk bayar cukai pendapatan dari pendapatan yang tak seberapa dapat tu ye..... itu belum cerita bab saman , parking, pengankutan awam, dan ape2 lagi la yang kita tak tau lagi buat masa ni....

Umi: itu la tu.... pembangunan gah gah tapi kita rakyat Malaysia nak masuk jejak tetap kena beli tiket atau pun bayar parking sekurang2nya RM4 untuk sejam pertama..... 5 tahun sekali ye untung dapat masuk menara ada jambatan di tengah2....

Abi: Jangan ada yang tak pernah jejak sudah.... kesian sungguh!!! sebab dah ada dah yang lebih tinggi daritu dah ha....


" Kerajaan mempunyai tahap keupayaan untuk menanggung jumlah subsidi yang meningkat, bagaimanapun jika peningkatan harga minyak dunia melonjak ke paras yang lebih tinggi, berkemungkinan kerajaan tidak mampu lagi menanggung jumlah subsidi yang begitu besar dan rakyat perlu bersedia untuk menanggung sebahagian kos itu" - Rakyat perlu bersedia tanggung kos subsidi - Muhyiddin, ISNIN, 30 MEI 2011 11:52 (http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/895-rakyat-perlu-bersedia-tanggung-kos-subsidi-muhyiddin)

Me: Tak mampu dah nak bertahan kalau berterusan macam ni .... sebab semua peniaga angkut barang guankan RON97 atau RON 95 agaknya....

Monday, May 9, 2011

“AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA”

"Cerita ini bukan cerita sebenar, tiada kena mengena dengan mana-mana pihak ... bla bla bla...."

Ada tiga penafian yang diberikan sebagai permulaan drama bersiri JUVANA ini... betul2 berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung....ya pastinya begitu...


Tapi bagi saya, ya ia cerita sebenar ... ia benar ... sangat2 benar lagi benar....seram sejuk kaki saya tgk cerita ni.... mmg la tak trill mana nak banding ngan cerita2 mafia itali atau cerita-cerita juvana di barat sana....


Ia benar kerana saya pernah di situ. Pernah melalui nya.

Walau tak banyak - tak lama - tak trill mana - tapi cukup mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan mereka... cukup menyedarkan saya dari keselesaan kehidupan .... membawa saya berfikir di luar kotak pemikiran saya yang saya rasa sebagai pemikiran yang manja....


Serba salah nak tulis macam mana sebab ianya mmg sensetif ... seperti menarik rambut di dalam tepung.....


Syukur dengan pengalaman yang saya lalui bilamana saya telah diberikan peluang masuk berkhidmat di kem - kem yang berkaitan sejak tahun 2005 ....


Bukan jahat dan ganaz itu semata-mata, bukan semua tu yang saya saya nak sampaikan....yang tu semua boleh fikir sendiri kan... dengan masalah sosial hari ini... zaman kita remaja dulu pun dah teruk - sekarang ni mmg sangat2 teruk... bab tu no komen... pikir dan nilai sendiri....


Apa yang saya dapat lebih dari melihat semua tu dengan mata kepala sendiri, iaitu;

nilai sebuah hati dan perasaan ...
tekanan ....
penafian ...
persembunyian....
maruah...
semangat....
bersatu....
hormat...
persahabatan.....

dan banyak lagi...


Cikgu Zakiah (Izreen Aameenda) mungkin lebih steady sebab dia seorang guru kaunseling... saya tidak ada ilmu tu... saya jatuh bangkit belajar dari mereka untuk terus survive.... tapi saya puas hati...sangat-sangat puas hati di akhir cerita yang singkat itu...


kalau ikutkan tak kuasa nak menyusahkan diri untuk mengadap benda-benda macam ni.... tapi pengalaman saya berjumpa adik-adik dari "kumpulan tiga" di sebuah kem di selatan Ipoh arah ke Kuala Lumpur pada tahun 2007 mmg telah mengajar saya tentang 'sesuatu' yang tak ternilai.


Bukan air mata cikgu yang boleh melembutkan mereka,
bukan rayuan seorang cikgu yang boleh memujuk mereka,
bukan jeritan dan herdik cikgu yang boleh jinakkan mereka,
bukan tingginya ilmu dan tebalnya sijil cikgu boleh cerdikkan mereka...

tapi...

mereka hanya mahu mereka difahami.


"Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan - JUVANA"


Me: Saya ingat lagi house capten bernama Panjang ..... dan pendamai yang bernama Ben ... Kesilapan saya adalah memulakan perkenalan kami dengan "DENDA - Jambatan Goyang-Goyang" ... mereka dah muak dengan sepak terajang dan maki hamum.... mereka juga jelik dengan pujuk rayu....

Thursday, March 17, 2011

Santaukan Aje !!!

** Peringatan: Saya bukan penggemar cerita mistik tapi saya suka Hantu Kak Limah Balik Rumah


Tengah malam semalam tertonton cerita "Santau Keramat" ni di RIA. Ulangan yang tahun lepas punya. Dengan tajuknya yang sebegitu sudah pasti lah saya seperti biasa akan buang terus dari senarai patut tengok saya. Tetapi, disebabkan cerita ini adalah ala-ala Filem Pendek - Odisi, jadinya pasti lah saya akan tonton.


Odisi ni dulu kat NTV7 tak silap saya, filem pendek atau cereka pendek yang agak ber'isi' dan boleh dijadikan bahan exercise minda (tapi ada jugak yang ending nya menyakitkan jiwa - buat penat teman berpikior aje la) ... kebanyakan mmg tidak mengecewakan.




Yang menarik perhatian saya adalah Najmi di santau oleh bekas kekasihnya kerana Najmi membunting dan meninggalkan si gadis bunting tanpa mahu bertanggungjawab.


Ye, benda ni Syirik kerana menyekutukan ALLAH tapi benda tu mmg ada berlaku. Sedikit sebanyak mengingatkan saya cerita serang kawan tentang pasangan muda di kampung halamannya. Tau buat pastu tinggal tak nak tanggungjawab. Sudahnya, di Santaukan Aje!!!


Benda macam ini tidak boleh dijadikan ikutan. Memang salah. Tapi tak boleh dinafikan dah ramai sangat sekarang ni yang lebih percayakan mistik dari percayakan ALLAH. Bertuhankan Iblis dalam menentukan masa depan. Bomoh sana bomoh sini, Santau sana Santau sini.


Dari sudut positif bagi saya elok juga dijadikan peringatan. Nak nak pulak di zaman sekarang, orang muda di usia sedang mengkar dan subur dengan ilmu kail sejengkal ditambah pula tiada segan silu - sangat bahay kalau tak diingatkan.


Buat salah bangga menghebah2kan... Tayangkan semua kat pandangan orang.... usaha upload kat youtube dan post di wall facebok..... dah buat - jadi anak - TAHUK MERATA-RATA!!! Tak de rasa bersalah. Dengan mudahnya selesaikan masalah. Selesai la sangat !!


Masa zaman MAJALAH VARIASI dulu, golongan-golongan jenis macam ini sedikit tergugat diperingatkan dengan kisah "Pasangan Berzina melekat di bawa ke Hospital". Kemudian di sambung oleh Mastika untuk merakam dan menyampaikan kepada umum. Sekarang mana zaman membaca lagi dah... tak emerica la nak baca2 majalah ni !! Semua electronik je....


Mungkin cara nak masuk ke alam mereka, difikirkan dengan menghasilkan karya-karya yang sebegini. Orang tengah gilakan cerita mistik, Saudara Ghazi telah gerapkan Cereka Pendek ini dengan sangat menarik. Homework dan kajian dia teliti. Nice Work.

Macam tu jugak dengan usaha karya yang dinyanyikan Ana Rafali, Ultimet dan Suhaimi dalam menyindir untuk mendidik - diharapkan pembuangan bayi dapat la berkurang bila ada yang ambik peduli macam ni. Jangan perkara luar biasa menjadi biasa. Bila benda dah jadi biasa itu yang susah tu.


Dulu tengok pasangan bercinta-cinta pegang tangan pun orang dah jelik sekarang bercium tepi jalan tepi KLCC pun orang dah rasa 'biasa aje la tu'.


Dulu orang dah kawin nak bersalam bercium dahi pun segan nak buat depan2 orang sekarang ni baru umur suara pecah dek semalam mimpi basah pun mengada-ngada nak bersalam cium tangan cium dahi bila nak balik dari dating - dating nek bas/komuter je plak tu.

** Saya ada rakaman paparazi masa saya tengah tunggu seseorang di depan PKNS Shah Alam, dua pasangan yang tumbesaran biologi badan pun macam ada tak ada berkasi mengalahkan pasangan suami isteri ... nak post saya tak pandai nak tutup muka rang-orang tu ... kang mak bapak dia serang saya pulak...


Jangan sampai akhbar laporkan pembuangan bayi semua pakat rasa 'alah biasa la tu' ...... lebih baik bayi tu tak hidup dari hidup ... kang masa depan dia tak ke mana pun ... haiihhh....


Masa tengah sesak bayi-bayi di tahuk buang oleh remaja keluar di dada akhbar, pernah saya terdengar sembang pakcik-pakcik di kedai kopi.


Katanya, "seorang bayi yang mati dibuang, panggu dosa pembunuhan budak tu hasil perkongsian saham ramai-ramai. Bukan takat remaja bangang malang yang membuang budak tu je".
Kata pakcik tu lagi, "saham dosa bunuh budak tu start dari orang yang menengok pasangan-pasangan ni duk menyerongeh, merendek tak tentu pasal!!! Tak ada rasa tanggungjawab nak tegah dari mendekati zina".
"Ha tengok la tu, membonceng macam ada gam 3 saat melekat!! takde segan silu" sambung pakcik tu sambil menunding remaja yang lalu di depan kedai.


Huh!!!


Ada betul nya jugak ada beban nya jugak....
Aiyyak, susah nya nak kacau hal tepi kain orang sekarang ni pakcik oi.... masalah paling besar bila kita tegur kang mak bapak budak-budak tu bersingsing lengan bercekak pinggang meluru jerkah-jerkah maki hamun kat kita.


Ayat klise "yang ko sibuk-sibuk apahal??? aku mak bapak dia pun tak kisah, ko pulak yang lebih2, anak aku tak buat benda tak elok macam anak orang lain ye"!!


Hrmm... ye la...


Dek kerana kata-kata pakcik tu saya rasa takut juga. Yang semampunya saya tegur di dalam hati. Atau kalau ada yang lebih jauh pun saya sekadar boleh buat macam ni je :- (kisah ni pun tahun lepas berlakunya)




Lorong belakang rumah saya tinggi, bentuk muka bumi kawasan rumah saya berbukit. Jadi dapur saya ala-ala di lereng jalan. Jalan lorong belakang berada di paras tingkap dapur saya. Blok rumah di belakang blok rumah saya pula tinggi sedikit dari jalan lorong belakang. Penghujung jalannya ada kawasan kumbahan yang takde sape lah rajin nak bertandang.


Jadinya, lorong belakang rumah saya agak strategik untuk aktiviti-aktiviti 'remaja kretif melebihi had sepatutnya' berkumpul. Jiran belakang siap naikkan papan tanda "Bukan Kawasan Merokok" kerana belakang dapurnya sering dijadikan port. Tapi sekarang papan tanda pun dah kena bako dengan rokok tu agaknya, dah tak nampak lagi dah papan tanda tu.


Nak dijadikan habuan saya, petang tu ada sepasang merpati sejoli sedang berkasih-kasihan di atas motor di lorong belakang rumah saya. Siap ada escort hulu balang lagi tu. Yang termampunya saya menidakkan dengan hati yang lemah. Berharap cepat la berambus habis bercintan cintun tu...


Tapi dari berdiri2 dah berduduk2 berpeluk2 pinggang pulak, saya pun dah tak senang duduk... sebab itu belakang rumah saya, kang tak pepesal kami sekeluarga tersenarai pulak dalam senarai pemegang saham. Dosa percuma tu. Tak nak!!!!!!!


Pandai pulak tu hulu balang ni parking motor cover tingkap dapur saya.


Bukan sekejap pulak tu, dari hulu balangnya 1, sampai dah jadi 3!!! Then makin banyak pulak aksi miang si jejaka itu. Saya curi-curi ambik gambar dari tingkap dapur pun takut2 ... Hulu Balang nya menjalankan tugas dengan amanah ... asik pandang2 je...

Hulu balang duk pulun isap rokok.... rokok percuma agaknya, habuan mengawasi.....


Nak g sound???!! Ops tak mampu lagi la nak buat macam tu ...
Nak relakan aje ???!! tak mampu la nak tanggung dosa percuma ni .....



Sudahnya, saya mengarahkan pelakun cilik saya main beskal di lorong belakang rumah..... tak pernah-pernah dibuat. Dah la letih nak tolak basikal dan tuan basikal naik bukit tu .... udah la bukan sekali, kena 3 kali pusing baru nak faham budak2 ni untuk beredar.... Aqis men beskal saya buat2 ambik gambar Aqis yang tengah berbasikal tu.... Eceh ...

Naik round kedua, yang si gadis dah beredar....





Pelakun saya yang tidak mengerti apa-apa ini tetap sporting beraksi dengan basikal kecil klasiknya ini.

Dan pusingan ke-3, semua telah beredar dengan jayanya



Sebagai penghargaan saya terus merakam pelakun saya beraksi syok sendiri di Lorong 1 belakang rumanyanya....


Me: Motifnya boleh faham kot.... bukan mau tunjuk "rumah saya di kawasan berbukit-bukit", bukan mau cite "wah perihatin gila la saya ni" .... bukan mau kecoh2 suh "korang buat camni gak tau!!!" .....