Monday, June 6, 2011

Mampu tak Mampu

Umi: By, Dah naik ke?
Abi: Belum sayang, mampu lagi nih...
Umi: Owhh... masih boleh dinikmati la gitu....
Abi: Ye la sayang.... kang dah tak mampu - mmg sakit Jiwa!! nak kulum tak lalu nak luah takde rasa.... takde effect ape2 pun....


Umi: Memang takde ke skill nak bagi mampu gak ekk... pelik la.... takde dah ke orang yang bijak pandai boleh manage bagi mampu jugak....

Abi: Ape kayu ukur untuk cakap "mampu tak mampu" tu yek.. Kita ni kaya - bumi kita ni semenanjung emas. Kita sebagai rakyat macam dinafikan je hak untuk menikmati kekayaan ni bersama-sama kan...

Umi: Ye lah, mana ada yang percuma kita hidup di tanah air yang kita kata aman-damai-maju-berwawasan-bersatu teguh-semua yang terBaaaeeekkk ni kan.... ni nak bergerak pegi cari rezeki pun dah macam-macam yang kita kena mampukan jugak.

Abi: Kena mampu taruk minyak keta - kena mampu bayar tol - kalau nak jimat pun jalan la kat jalan tanpa tol tapi cukai jalan tetap kena bayar setiap tahun ye - tu pun kalo nak selesa lagi nak pakai keta ada brand (berkualiti) kena lah mampu bayar cukai AP pulak...kalo tak - pakai je kereta nasional dengan faedah pinjaman bank bersama kos2 sampingan yang berkaitan.

Umi: Kalo tak mampu nak bergerak ke mana-mana takat duk dalam rumah pun still kena cari jalan gak nak bagi mampu. Untuk hidup "aman" di kediaman di tanah air sendiri ni kita kena mampukan jugak.... nak tak nak kena bagi mampu untuk survive.

Abi: Cukai taksir - setahun bayar 2 kali sebelum 28 Feb dan 31 Ogos. Setiap tahun ditaksirkan anggaran kenaikan nilai rumah tu, kita kena bayar beberapa % dari nilai kenaikan yang dianggarkan tu.

Umi: Cukai tanah pun setahun bayar 2 kali. Ikut la tanah kita duk kawasan mana, dalam bandar mmg masak la nak memabayar, duk luar bandar lega la sket.

Abi: Semua rakyat Malaysia menikmati kemudahan elektrik tak de dah yang guna lilin ke pelita ayam ke, tapi pandai2lah mampukan diri untuk berjimat atau menanggung kenaikan tarif elektrik yang sentiasa lah dilaporkan kerugian dek arang batu meningkat - tak pernah nak untung ke??

Umi: Air yang kita sangat2 mewah pun bukan percuma jugak kita guna. Kita bayar. Tak kisah la kalau nak suh bayar untuk pengurusan yang cekap dan lebih baik. Tapi kita kena mampukan diri gak la sebab walau semewah mana pun negara kita ngan sumber air - tetap rakyatnya kena bayar bil air untuk kemudahan itu.

Abi: Pembentungan pun dah diswatakan untuk pengurusan yang lebih cekap. Bayar IWK katanya serendah...erk...rendah ke bayarannya? Bayar untuk pihak sape sebenarnya?

Umi: Komunikasi dan capaian internet kalau tak mampu melanggan mmg tak mandang ler.... pandai2la mampukan diri kalu nak jugak ke alam maya tanpa batasan untuk memajukan diri katanya... pasal jarang2 atau tak pernah la banyak yang jakun tak leh nak oak - org negeria puji2 melangit dah mula bagi semua duit kwsp pengeluaran umur 50 tahun....penat2 hari2 dah mampukan diri untuk teruskan hidup sedap2 je lesap dek kurangnya pendedahan.

Abi: Usahkan nak cite internet ke jalur lebar bagai la.... untuk media dan hiburan lebih dari yang disediakan secara percuma pun ada juga cas yang kena tanggung. 6% cukai kerajaan dah ada dalam bil astro... kalau tak mampu tgk aje yang percuma.... kelentong ke betul ke terima je la sebagai inputnya....pastu jadilah "warga minda pertama"...ye! harapnya berjaya.....

Umi: Nak fun-fun ngan family pun bersepah rasanya dalam bil ada 6% cukai kerajaan kan...pandai2lah kalau dah tak mampu tu kan....boleh la tolak tepi kalau benda tu tak penting mana... untuk benda2 penting macam pendidikan, kesihatan....

Abi: Pendidikan tiada yang percuma rasanya. Mendaftar sekolah darjah 1 - nak dapat pensel sebatang pun tak mampu kot. Di Australia - PR pun layak mendapat pendidikan sampai ke peringkat Tertiary dengan percuma...

Umi: ye la kan... pinjaman pendidikan dengan kos pentadbiran - skang tengah tukar term jadi Ujrah... yang pasti diberi pinjam 15K bukan la boleh digantikan dengan 15K jugak.... paling kurang - pulangkan la dengan 17K....dulu mampu je ekk semua belajar kat University dengan biasiswa tak payah return pun....

Abi: Itu la pasal....Klinik Satu Malaysia ada bayaran RM1 kan? ke percuma semuanya, yang?.... nak percuma - bukan percuma la kalo nak murah sket la - kena ambik cuti rehat satu hari la beratur kat Spital ye.... kalo tak mampu sila2 lah mampukan diri untuk bayar lebih ke klinik lain untuk perubatan ye.

Umi: Ntah la by, dengar2 aje - nak nampak klinik 1 Malaysia tu belum nampak lagi... terpilih je kot kawasan yang ada.... nak bagi mampu kena lah berkerja kan by.... cari rezeki di bumi tanah air sendiri ni... tak kan nak kena merantau duk jauh tinggalkan tanah air lak kan....

Abi: ye la sayang.... kang mampukan la diri tu untuk bayar cukai pendapatan dari pendapatan yang tak seberapa dapat tu ye..... itu belum cerita bab saman , parking, pengankutan awam, dan ape2 lagi la yang kita tak tau lagi buat masa ni....

Umi: itu la tu.... pembangunan gah gah tapi kita rakyat Malaysia nak masuk jejak tetap kena beli tiket atau pun bayar parking sekurang2nya RM4 untuk sejam pertama..... 5 tahun sekali ye untung dapat masuk menara ada jambatan di tengah2....

Abi: Jangan ada yang tak pernah jejak sudah.... kesian sungguh!!! sebab dah ada dah yang lebih tinggi daritu dah ha....


" Kerajaan mempunyai tahap keupayaan untuk menanggung jumlah subsidi yang meningkat, bagaimanapun jika peningkatan harga minyak dunia melonjak ke paras yang lebih tinggi, berkemungkinan kerajaan tidak mampu lagi menanggung jumlah subsidi yang begitu besar dan rakyat perlu bersedia untuk menanggung sebahagian kos itu" - Rakyat perlu bersedia tanggung kos subsidi - Muhyiddin, ISNIN, 30 MEI 2011 11:52 (http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/895-rakyat-perlu-bersedia-tanggung-kos-subsidi-muhyiddin)

Me: Tak mampu dah nak bertahan kalau berterusan macam ni .... sebab semua peniaga angkut barang guankan RON97 atau RON 95 agaknya....