Monday, May 9, 2011

“AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA”

"Cerita ini bukan cerita sebenar, tiada kena mengena dengan mana-mana pihak ... bla bla bla...."

Ada tiga penafian yang diberikan sebagai permulaan drama bersiri JUVANA ini... betul2 berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung....ya pastinya begitu...


Tapi bagi saya, ya ia cerita sebenar ... ia benar ... sangat2 benar lagi benar....seram sejuk kaki saya tgk cerita ni.... mmg la tak trill mana nak banding ngan cerita2 mafia itali atau cerita-cerita juvana di barat sana....


Ia benar kerana saya pernah di situ. Pernah melalui nya.

Walau tak banyak - tak lama - tak trill mana - tapi cukup mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan mereka... cukup menyedarkan saya dari keselesaan kehidupan .... membawa saya berfikir di luar kotak pemikiran saya yang saya rasa sebagai pemikiran yang manja....


Serba salah nak tulis macam mana sebab ianya mmg sensetif ... seperti menarik rambut di dalam tepung.....


Syukur dengan pengalaman yang saya lalui bilamana saya telah diberikan peluang masuk berkhidmat di kem - kem yang berkaitan sejak tahun 2005 ....


Bukan jahat dan ganaz itu semata-mata, bukan semua tu yang saya saya nak sampaikan....yang tu semua boleh fikir sendiri kan... dengan masalah sosial hari ini... zaman kita remaja dulu pun dah teruk - sekarang ni mmg sangat2 teruk... bab tu no komen... pikir dan nilai sendiri....


Apa yang saya dapat lebih dari melihat semua tu dengan mata kepala sendiri, iaitu;

nilai sebuah hati dan perasaan ...
tekanan ....
penafian ...
persembunyian....
maruah...
semangat....
bersatu....
hormat...
persahabatan.....

dan banyak lagi...


Cikgu Zakiah (Izreen Aameenda) mungkin lebih steady sebab dia seorang guru kaunseling... saya tidak ada ilmu tu... saya jatuh bangkit belajar dari mereka untuk terus survive.... tapi saya puas hati...sangat-sangat puas hati di akhir cerita yang singkat itu...


kalau ikutkan tak kuasa nak menyusahkan diri untuk mengadap benda-benda macam ni.... tapi pengalaman saya berjumpa adik-adik dari "kumpulan tiga" di sebuah kem di selatan Ipoh arah ke Kuala Lumpur pada tahun 2007 mmg telah mengajar saya tentang 'sesuatu' yang tak ternilai.


Bukan air mata cikgu yang boleh melembutkan mereka,
bukan rayuan seorang cikgu yang boleh memujuk mereka,
bukan jeritan dan herdik cikgu yang boleh jinakkan mereka,
bukan tingginya ilmu dan tebalnya sijil cikgu boleh cerdikkan mereka...

tapi...

mereka hanya mahu mereka difahami.


"Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan - JUVANA"


Me: Saya ingat lagi house capten bernama Panjang ..... dan pendamai yang bernama Ben ... Kesilapan saya adalah memulakan perkenalan kami dengan "DENDA - Jambatan Goyang-Goyang" ... mereka dah muak dengan sepak terajang dan maki hamum.... mereka juga jelik dengan pujuk rayu....