Thursday, March 17, 2011

Santaukan Aje !!!

** Peringatan: Saya bukan penggemar cerita mistik tapi saya suka Hantu Kak Limah Balik Rumah


Tengah malam semalam tertonton cerita "Santau Keramat" ni di RIA. Ulangan yang tahun lepas punya. Dengan tajuknya yang sebegitu sudah pasti lah saya seperti biasa akan buang terus dari senarai patut tengok saya. Tetapi, disebabkan cerita ini adalah ala-ala Filem Pendek - Odisi, jadinya pasti lah saya akan tonton.


Odisi ni dulu kat NTV7 tak silap saya, filem pendek atau cereka pendek yang agak ber'isi' dan boleh dijadikan bahan exercise minda (tapi ada jugak yang ending nya menyakitkan jiwa - buat penat teman berpikior aje la) ... kebanyakan mmg tidak mengecewakan.




Yang menarik perhatian saya adalah Najmi di santau oleh bekas kekasihnya kerana Najmi membunting dan meninggalkan si gadis bunting tanpa mahu bertanggungjawab.


Ye, benda ni Syirik kerana menyekutukan ALLAH tapi benda tu mmg ada berlaku. Sedikit sebanyak mengingatkan saya cerita serang kawan tentang pasangan muda di kampung halamannya. Tau buat pastu tinggal tak nak tanggungjawab. Sudahnya, di Santaukan Aje!!!


Benda macam ini tidak boleh dijadikan ikutan. Memang salah. Tapi tak boleh dinafikan dah ramai sangat sekarang ni yang lebih percayakan mistik dari percayakan ALLAH. Bertuhankan Iblis dalam menentukan masa depan. Bomoh sana bomoh sini, Santau sana Santau sini.


Dari sudut positif bagi saya elok juga dijadikan peringatan. Nak nak pulak di zaman sekarang, orang muda di usia sedang mengkar dan subur dengan ilmu kail sejengkal ditambah pula tiada segan silu - sangat bahay kalau tak diingatkan.


Buat salah bangga menghebah2kan... Tayangkan semua kat pandangan orang.... usaha upload kat youtube dan post di wall facebok..... dah buat - jadi anak - TAHUK MERATA-RATA!!! Tak de rasa bersalah. Dengan mudahnya selesaikan masalah. Selesai la sangat !!


Masa zaman MAJALAH VARIASI dulu, golongan-golongan jenis macam ini sedikit tergugat diperingatkan dengan kisah "Pasangan Berzina melekat di bawa ke Hospital". Kemudian di sambung oleh Mastika untuk merakam dan menyampaikan kepada umum. Sekarang mana zaman membaca lagi dah... tak emerica la nak baca2 majalah ni !! Semua electronik je....


Mungkin cara nak masuk ke alam mereka, difikirkan dengan menghasilkan karya-karya yang sebegini. Orang tengah gilakan cerita mistik, Saudara Ghazi telah gerapkan Cereka Pendek ini dengan sangat menarik. Homework dan kajian dia teliti. Nice Work.

Macam tu jugak dengan usaha karya yang dinyanyikan Ana Rafali, Ultimet dan Suhaimi dalam menyindir untuk mendidik - diharapkan pembuangan bayi dapat la berkurang bila ada yang ambik peduli macam ni. Jangan perkara luar biasa menjadi biasa. Bila benda dah jadi biasa itu yang susah tu.


Dulu tengok pasangan bercinta-cinta pegang tangan pun orang dah jelik sekarang bercium tepi jalan tepi KLCC pun orang dah rasa 'biasa aje la tu'.


Dulu orang dah kawin nak bersalam bercium dahi pun segan nak buat depan2 orang sekarang ni baru umur suara pecah dek semalam mimpi basah pun mengada-ngada nak bersalam cium tangan cium dahi bila nak balik dari dating - dating nek bas/komuter je plak tu.

** Saya ada rakaman paparazi masa saya tengah tunggu seseorang di depan PKNS Shah Alam, dua pasangan yang tumbesaran biologi badan pun macam ada tak ada berkasi mengalahkan pasangan suami isteri ... nak post saya tak pandai nak tutup muka rang-orang tu ... kang mak bapak dia serang saya pulak...


Jangan sampai akhbar laporkan pembuangan bayi semua pakat rasa 'alah biasa la tu' ...... lebih baik bayi tu tak hidup dari hidup ... kang masa depan dia tak ke mana pun ... haiihhh....


Masa tengah sesak bayi-bayi di tahuk buang oleh remaja keluar di dada akhbar, pernah saya terdengar sembang pakcik-pakcik di kedai kopi.


Katanya, "seorang bayi yang mati dibuang, panggu dosa pembunuhan budak tu hasil perkongsian saham ramai-ramai. Bukan takat remaja bangang malang yang membuang budak tu je".
Kata pakcik tu lagi, "saham dosa bunuh budak tu start dari orang yang menengok pasangan-pasangan ni duk menyerongeh, merendek tak tentu pasal!!! Tak ada rasa tanggungjawab nak tegah dari mendekati zina".
"Ha tengok la tu, membonceng macam ada gam 3 saat melekat!! takde segan silu" sambung pakcik tu sambil menunding remaja yang lalu di depan kedai.


Huh!!!


Ada betul nya jugak ada beban nya jugak....
Aiyyak, susah nya nak kacau hal tepi kain orang sekarang ni pakcik oi.... masalah paling besar bila kita tegur kang mak bapak budak-budak tu bersingsing lengan bercekak pinggang meluru jerkah-jerkah maki hamun kat kita.


Ayat klise "yang ko sibuk-sibuk apahal??? aku mak bapak dia pun tak kisah, ko pulak yang lebih2, anak aku tak buat benda tak elok macam anak orang lain ye"!!


Hrmm... ye la...


Dek kerana kata-kata pakcik tu saya rasa takut juga. Yang semampunya saya tegur di dalam hati. Atau kalau ada yang lebih jauh pun saya sekadar boleh buat macam ni je :- (kisah ni pun tahun lepas berlakunya)




Lorong belakang rumah saya tinggi, bentuk muka bumi kawasan rumah saya berbukit. Jadi dapur saya ala-ala di lereng jalan. Jalan lorong belakang berada di paras tingkap dapur saya. Blok rumah di belakang blok rumah saya pula tinggi sedikit dari jalan lorong belakang. Penghujung jalannya ada kawasan kumbahan yang takde sape lah rajin nak bertandang.


Jadinya, lorong belakang rumah saya agak strategik untuk aktiviti-aktiviti 'remaja kretif melebihi had sepatutnya' berkumpul. Jiran belakang siap naikkan papan tanda "Bukan Kawasan Merokok" kerana belakang dapurnya sering dijadikan port. Tapi sekarang papan tanda pun dah kena bako dengan rokok tu agaknya, dah tak nampak lagi dah papan tanda tu.


Nak dijadikan habuan saya, petang tu ada sepasang merpati sejoli sedang berkasih-kasihan di atas motor di lorong belakang rumah saya. Siap ada escort hulu balang lagi tu. Yang termampunya saya menidakkan dengan hati yang lemah. Berharap cepat la berambus habis bercintan cintun tu...


Tapi dari berdiri2 dah berduduk2 berpeluk2 pinggang pulak, saya pun dah tak senang duduk... sebab itu belakang rumah saya, kang tak pepesal kami sekeluarga tersenarai pulak dalam senarai pemegang saham. Dosa percuma tu. Tak nak!!!!!!!


Pandai pulak tu hulu balang ni parking motor cover tingkap dapur saya.


Bukan sekejap pulak tu, dari hulu balangnya 1, sampai dah jadi 3!!! Then makin banyak pulak aksi miang si jejaka itu. Saya curi-curi ambik gambar dari tingkap dapur pun takut2 ... Hulu Balang nya menjalankan tugas dengan amanah ... asik pandang2 je...

Hulu balang duk pulun isap rokok.... rokok percuma agaknya, habuan mengawasi.....


Nak g sound???!! Ops tak mampu lagi la nak buat macam tu ...
Nak relakan aje ???!! tak mampu la nak tanggung dosa percuma ni .....



Sudahnya, saya mengarahkan pelakun cilik saya main beskal di lorong belakang rumah..... tak pernah-pernah dibuat. Dah la letih nak tolak basikal dan tuan basikal naik bukit tu .... udah la bukan sekali, kena 3 kali pusing baru nak faham budak2 ni untuk beredar.... Aqis men beskal saya buat2 ambik gambar Aqis yang tengah berbasikal tu.... Eceh ...

Naik round kedua, yang si gadis dah beredar....





Pelakun saya yang tidak mengerti apa-apa ini tetap sporting beraksi dengan basikal kecil klasiknya ini.

Dan pusingan ke-3, semua telah beredar dengan jayanya



Sebagai penghargaan saya terus merakam pelakun saya beraksi syok sendiri di Lorong 1 belakang rumanyanya....


Me: Motifnya boleh faham kot.... bukan mau tunjuk "rumah saya di kawasan berbukit-bukit", bukan mau cite "wah perihatin gila la saya ni" .... bukan mau kecoh2 suh "korang buat camni gak tau!!!" .....