Sunday, December 12, 2010

Patutla artis kata penat nak photoshoot!!



Bulan Mac dalam tahun 2009 saya booking sesi fotografi ni sempena dek promosi yang dibuat oleh DH Bridal di Ipoh.


Katanya saya boleh datang bila-bila saya suka setahun lagi ke 2 tahun lagi 3 tahun lagi ke bila-bila ke saya punya suka le.....


Itu lah tarikan utama saya ambik promosi ni di samping harganya. RM80 saya dan family boleh mengambil gambar dengan set pakaian yang disediakan oleh DH Bridal (18 Pose) dan set pakaian sendiri (18 Pose).


Menarik kan???


Siap boleh request Girl Photographer. Alang-alang dah gitu saya amik je la "Hair do" tu sekalik request closed studio set.


Gambar yang dapat adalah 6 keping gambar dicuci dalam 2 saiz iaitu 6 keping dalam saiz 4R dan 6 keping dalam saiz 2R diletakkan di dalam "wheel frame".


Tapi Cd/Softcopy tadok yo! (dalam hati masa tu fikir,"alah takpe la kang aku scan aje... hehehe")


Lama jugak nak dapat ke sana. Ada beberapa sebab juga lah...

1) Abbie bukan la seorang yang suka bergambar
2) Ummie pulak asik mau tunggu kurus yang ntah bila mau kurus.... sigh....
3) Aqis ikut aje ... ape dia tau.... ahahha.... tapi dia pun jenis yang tak suka bergambar.....


Mulanya nak ambik gambar untuk raya tahun ni. Tapi set punya set asyik tak jadi je... nak jadi rezeki agaknya ... kebetulan saya convo dan Aqis pun convo juga. Ape lagi, saya pinjam jubah konco PASTI Aqis. Set time masa saya pun tengah pinjam jubah convo saya.



Kami pun pergi lah ke studio dengan berhelai-helai baju berhanger kalahkan kelurga artis.... masa tu saya lupa yang pakej ni satu baju je dari saya, saya punya la perasan sampai bawak 4 pasang baju.... malu jek kena gelak ngan abbie Aqis...

Ummie bersama evening dress yang cantik2 di dalam bilik kaca itu - tapi sayang yang cantik2 dan mengancam semuanya untuk yang bersaiz slim melim aje ... :(



Memang penat lah weh.....


Sekali pikir macam sudah2 la.... takmo dah la pas ni....
Tapi lepas tengok hasilnya macam "wah"!!! Best nya!!!..... ahahahha....


Jakun sebenarnya. Maklumla kawin dulu tak de nak photoshoot2 macam ni. Kisah kawin saya macam kisah Syana ngan Syarul gak la lebih kurangnya. Kawin di usia baru nak mulakan kerja. Bajet yang ado jo la....


Abbie yang tak suka bergambar redhakan aje untuk meraikan ummie yang tengah excited konvo. Tapi ada gak la dia buat pale dia jugak. Ada ke pakai sut hensem2 dalamnya nak pakai T-Shirt je - dia kata mana ada baju leh muat punya. Mujur Photographer tu - Belle beriya gak cari kemeja bagi ada jugak saiz yang abbie leh pakai.... Pastu kasut takmo pakai... nak pakai sandel je.... mujur gak la Belle tu bagus....dia on behalf me dia paksa gak bagi sepatu putih utk abbie.....u


Anak ummie - mmg superb la yayang.... paling best mood dia.... dia ikut photographer itu aturkan pose dia, dia senyum manis-manis... auchhh... ummie sayang sangat kat mucuk ummie ni sebab sporting habis!!!!



Masa make-up, saya respect la kat Cina tu.


Dia tanya saya "u nak cabut kening ke tak mo?"
Saya jawab "tak boleh"
Dia kata "ok"


Bagusnya sangat dia!!! maybe Cina Ipoh kot.... Dah faham dengan budaya dan Agama kita. Dia tau Orang Islam tak boleh cabut kening. Dia respect dan tanya dulu kat saya.


Tapi sayang orang islam kita siap ada yang request lagi untuk cabut kening. Mak andam Islam pun ada juga yang siap provoke suruh cabut dan cukur "barulah cantik, nanti muka ko tak berseri ko tak cabut bulu2 kat muka ko nih!!!"


Tepuk dada tanya selera. Ramai yang kata "ada aku kisah! Kubur masing2 ye!"...


Orait....


So ni pic yang saya ambik ngan HP sebab pic studio tak siap editing lagi.... InsyaALLAH ada masa saya update ye....










Lepas tgk hasilnya rasa nak semua pose yang ada. Tapi kos nya "ya ampun, Pak!!!"....... pandai ko ye buat promosi konon.... pastu beriya ko setting bagi nampak cun ngan baju dan sepatu.... sebab dia tau mesti mau punya.....

Me: kena setting bajet 2011 cantik-cantik la nampaknya untuk dapatkan ape yang dihajati .... almaklumla kawin tak de album special.... ngeh ngeh ngeh....


Wednesday, December 8, 2010

Semut Mati Kerana Gula

Harga gula pada tarikh masa dan detik saya mula jatuh hukum wajib membeli gula untuk keperluan dapur sendiri ialah sebanyak RM1.45 sekitar 5 tahun yang lalu.


Harga gula mula-mula naik sebanyak RM0.20 sekilogram. Tarikh pengumuman di buat di tengah malam 31 Dec 2009 dan perlaksanaannya bermula pada 1 Jan 2010.


" PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian itu pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen."

(Sumber : Utusan Online - 31 Dec 2009 ). Klik sini untuk artikel penuh.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi, bermulanya di tahun baru 2010 ini saya membeli gula untuk keperluan dapur saya dengan harga RM1.65 sekilogram. Ianya disetkan ke dalam fail Microsoft Excel untuk "bajet_dapur_2010.exl"


Sekitar pertengahan Julai 2010, harga subsidi gula dikurangkan dengan kenaikan RM0.25 sekilogram menjadikan harga gula berganjak kepada RM1.90 setelah 6 bulan kenaikan harga "dinikmati" oleh semua orang.


KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG RM1.85 sekilogram. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan mekanisme harga automatik. Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.

Bagi gula, pelarasan harga 25 sen sekilogram, katanya.


(sumber : Berita Harian Online - 16 Julai 2010). Klik sini untuk artikel penuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi setelah setengah tahun di dalam tahun 2010, saya mula membeli gula untuk keperluan dapur saya dengan harga RM1.90 sekilogram.


Belum puas "menikmati" kenaikan RM0.25 sekilogram gula tersebut, bajet dapur untuk tahun 2010 saya terpaksa di rombak sekali lagi.


"Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.



(Sumber: Malaysia Kini, 4 Disember 2010) klik sini untuk artikel penuh.

*Time ni la tak jumpa sumber dari Akhbar utama Malaysia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Oh ok! Sigh.....


Sepanjang 4 tahun menikmati harga gula sebanyak RM1.45, tidaklah dapur saya bermewah-mewah dengan gula. Cuma pembaziran ada juga berlaku iaitu bila gula dibeli dengan banyak, gula jadi rosak di dalam simpanan.


Ketika itu terasa juga dengan pembaziran tersebut tapi tidaklah terasa sakit hati sangat sebab harga gula ketika itu terkawal dek kecekapan pimpinan yang mampu menguruskan harga gula kekal di RM1.45 untuk tempoh yang panjang.


Jadi, saya merancang dengan membeli gula mengikut keperluan sahaja kerana dapur saya tidak bermewah dengan gula.


(ye saya dengar tu... ye! termasuk juga sebab saya jarang masak - ngeh ngeh ngeh).


Tiba-tiba keselesaan itu tergugat dengan kenaikan pertama.


Saya menyusun semula perancangan dengan memastikan bekalan mempunyai sekurang-kurangnya 2 bungkus gula untuk menunggu giliran masuk ke dalam bekas gula sekiranya gula telah habis digunakan.


Seterusnya, ia telah membawa gaya hidup dapur saya makin sihat apabila sebungkus gula di dalam bekas gula untuk kami 3 beranak boleh bekelana di dalam dapur saya sehingga 2 bulan lamanya.


Tiba-tiba sekali lagi keselesaan itu terganggu. Kenaikan kali kedua yang membuatkan saya hilang punca. Nak buat ape lagi.
Redha dan diam.
Sebab kenaikan tu tidak memberi kesan yang banyak terhadap saya. Kerana dapur saya tidak bermewah dengan gula.

Melaikan kesan terpaksa menukar angka di dalam lembaran kerja excel sahaja.


Belum pun setengah tahun "menikmati" kenaikan harga kali kedua ini, ada lagi rupanya kenaikan ketiga dalam tahun 2010.


3 kali harga gula diselaraskan dalam tahun 2010.


Oh Please Dong!!!


Aduhsss....



Nak cakap lebih-lebih siapa lah saya. Hanya mentimun di samping durian. Menggelek saya yang hancur digelek juga saya yang hancur.


Kenaikan gula hanya beberapa sen yang tak kacau pun duit mengeteh-mengopi atau duit nak bayar parking pegi shoping kita.... sekali pandang begitulah nampaknya.....

Tapi.....

Kenaikan harga gula yang tak berapa sen itu adalah punca kepada banyak perkara lain dinaikkan.


Terutamanya produk tenusu (mujur kerajaan sangat baik hati menyenaraikan susu bayi sebagai produk kawalan) .

Tapi yang lain - lain - lain - lain - lain akan dinaikkan juga.....


dalam vitagen ada gula, dalam chipsmore ada gula, dalam mentos ada gula, dalam teh tarik ada gula, dalam kopi aik cheong ada gula, dalam power root ada gula, dalam radix ada gula, dalam itu dalam dalam dalam lagi dalam semua itu sangat dalam dalam dalam sungguh sume dalam-dalam ada gula juga taruk dalam.....


Haiiihhhh.....


Me: Mati lah semut-semut lepas ni susah nak merasa gula lagi. Dapat jumpa gula bertabur di lantai dapur pun agaknya satu rahmat besar sungguh dah untuk semut-semut...



Tuesday, December 7, 2010

Daging Rebus Air Asam dan Sup Gear Box


Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”. (Surah Al-Hajj:37)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rezeki kami sekeluarga di Raya Haji tahun ini, dapur saya terima hampir 3 Kg daging, 1kg hati-limpa-paru dan 2 Kg tulang.

Agaknya ramai yang bertuah dapat membuat korban tahun ini. Syukur Alhamdulillah.


Di khariah tempat saya tinggal, ada sebuah kereta merayau2 melihat aje ada orang di luar rumah dia singgah untuk sedekahkan 2 beg daging. Kebetulan saya tengah rajin nak cuci najis Rabbit Aqis, dapatlah kami 2 beg lebih kurang 1.5 kg.


Di sekolah kakak saya pula, ada hamba ALLAH yang bertuah dia sedekahakan 2 ekor lembu kepada Sekolah (sekolah pula open 7 bahagian utk buat korban) untuk manfaat sekolah. Janjinya bagi 2 ekor sampainya 3 ekor. Mulia sungguh hamba ALLAH yang merahsiakan identitinya itu.














Saya pun dah pening nak masak ape... kalau ramai tak de masalah ini kami 3 beranak saje.... saya pun agihkan bagi kat mak sikit daging tu, tulangnya en suami suh saya repeat masak sup sampai jadi kantanya...




Saya nak bawak balik rumah mak aje tulang tu mulanya, makan sup gear box mak. Biar org berpengalaman buat baru lah puas hati. Sekali abbie sound dia nak bini dia yang masak, tak kan nak harap mak aje, bila bini nya nak masakan utk dia plak....ayyyark.... ok la laling ... saya yang menurut perintah....




1st trip masak, kena reboil balik sebab dalam2 tulang tak cukup masak....


Daging tu saya perap buat grill daging (tekan aje button yang disediakan set aje timing nya)....


2nd trip masak sampai dah berani la bagi kat adik saya seketul gear box tu...huhuhu.... enjoy betul (kalau jadi la kalau tak jadi - hrmmmm) .....



















Beberapa hari setelah naik jemu makan sup, daging goreng and grill - terbaca plak status Razak di FB " Daging Rebus Cicah Air Asam"!!!


Pergh tak leh tahan la...


Terus aje buat!!!




Ini percubaan pertama saya buat air asam ala kenduri di sebelah utara punya.


Mak mertua saya dah lama request tapi tak berani nak cuba sebab bahan utamanya krisik. Dengar2 macam takut je tak jadi... tapi bila dah buat - oh ok - not bad... tak la susah... so lepas ni kalau mak mertua request lagi boleh la saya buatkan...ahaha....mak saya kata tak jumpa kat kenduri belah lain, asyik jumpa kat belah Utara je...kalau mak saya tak bagi tau saya pun tak perasan.... huhu ...





Lagi bersemangat sebab nak test cili yang dipetik di kebun mini kami ni.... ahaks.... sangat teruja tau.

Puas gila bila time jadi...huhu....


Hari tu try buat kek batik leh plak tak jadi. Kata abbie: takat kek batik pun tak success ekk!!! ... saya pun tak puas hati gak sebenarnya, tu baru kek batik tu belum kek tah ape2 lagi ... tapi masa tu anak dara saya menolong sekali dia masukkan air dalam serbuk milo... tak pe lepas ni ada time saya akan cuba lagi.


Gara-gara shana asik cite kek batik ritu la nih ....


Me: Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.


Sunday, December 5, 2010

Sakit, Ingat dan Sayang

Situasi 1

Bila ada yang tak kena dengan penampilan kawan kita yang sedang berdiri di sebelah kita dalam suasana berdepan dengan ramai orang (contoh dalam presentation, meeting, kenduri etc) kita akan cepat2 cubit atau tarik atau pijak kaki dia. Tindakan refleks yang memberikan kesan sakit. Kita buat sebab kita nak ingatkan dia (atau tegur). Sebab kita sayangkan kerana tak nak dia malu di depan orang ramai.


Situasi 2

Sayang anak tangan-tangankan [Bukan sampai sepak terajang. Yang tu babi hutan lebih baik dan penyayang banding ngan yang sanggup dera anak sendiri]. Bila si kecil tersilap, laju je si ibu akan jentik/cubit/tampar. Refleks yang memberikan kesan sakit. Tapi tetap tujuannya nak ingatkan atau tegur sebab sayang (selalu2nya sebab dah geram!! Tu yang mendapat tu... ngeh ngeh ngeh).


Situasi 3

Kebanyakan kesalahan, hukumannya dijatuhkan bersama sebat. Antaranya macam kes Kartika yang minum arak di khalayak ramai - hukum sebat. Membawa kepada kesan sakit. Sebab nak ingatkan bukan sahaja kepada yang kena malah kepada yang dengar dan lihat. Semunya kerana sayang kepada anak bangsa dan negara.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Yang sakit situasi 1: akan cepat2 betulkan mana yang betul supaya tidaklah termalu,
Yang sakit situasi 2: cepat2 betulkan juga bila dah kena penangan tu....

(kalau ye dia faham, kalau budak dia amik masa lama la sikit nak faham, tapi kesan nya bukan waktu kena cubit tu....kesannya masa dah besar insyaALLAH jadi orang, anak yang dididik macam tu banyaknya jadi "seseorang" banding dengan anak yang ditatang terang2 salah pun mak bapak tetap pertahankan banyak yang jadi "orang-orang" akhirnya)

Yang sakit situasi 3: insyaALLAH kalau guna akal fikiran semua yang terlibat akan betulkan kesalahan.



Bila kita sakit - tanda Allah ingatkan kita - ALLAH sayang kan kita.


Cepat-cepatlah bertindak. Muhasabah semula rukum Islam dan Rukun Iman. Di mana ada salah dan silap cepat-cepatlah kita betulkan.


Syahadah kita pastikan di paksinya.

Solat kita pastikan terdiri 5 tiangnya untuk menongkat kehidupan menuju ke alam sana.
Puasa kita pastikan cukup terlaksana (qada mana yang dah tertinggal fidyah mana yang sepatutnya)

Berzakat untuk kewajipan dan melindungi harta yang tak seberapa di dunia fana ini.

Tunaikanlah Haji bila berkemampuan. Pasangkan niat dan sematkan di hati insyaALLAH ALLAH lorongkan laluan ke sana.


Jadi bila kita sakit atau dapat tahu kita ada penyakit,

Bukan sekadar berusaha berikhtiar untuk berubat. (itu mmg satu kewajipan juga). Tapi bertindak lah segera bermuhasabah untuk membetulkan ape yang sepatutnya kerana ALLAH sedang ingat dan menegur kerana ALLAH sayang kita.


Cukupkah sayang kita kepada ALLAH.


Me: Peringatan untuk saya dan semua yang tersayang.




Friday, December 3, 2010

Pengorbanan

Usai sahaja nama graduan yang terakhir di dalam senarai, tepukan gemuruh diberikan oleh semua di dalam Dewan. Ramai yang tak sedar termasuk la saya rupanya ada penyampaian anugerah terbaik kepada pelajar Sarjana Muda. Ingatkan sudah boleh bersurai dan bergambar di luar dewan.


Sebagai penutup, pelajar terbaik iaitu penerima penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Nur Azah Mohd Isa (Pelajar Perubatan) mewakili semua graduan dengan menyampaikan ucapannya.


Saat dia mengungkap " kepada suami, isteri, ibu dan ayah, anak-anak, rakan taulan dan semua yang terlibat, terima kasih di atas pengorbanan anda selama kami menempuhi semua ujian ini..... [lebih kurang macm ni la].


Ketika itu seluruh dewan menjadi sebak. Bertambah sebak dengan intonasi dan suara Nur Azah yang sedikit tertekan dek menahan sebaknya di atas sana.


Hati saya juga tersentuh. Tambah tersentuh pabila barisan hadapan saya yang sepatutnya menjadi tempat duduk para pensyarah telah dipenuhi oleh para ibu bapa yang bertuah (kerana kehadiran pensyarah yang kurang) berjurai-jurai air mata mereka.


Di layar juga kelihatan ramai graduan yang mengesat air mata (tak kira air mata jantan dan air mata kewanitaan) yang boleh dikatakan serentak dan seiring kami berkongsi perasaan tersebut.


Kalau di masa cnvocation Degree di UPM dulu, mungkin saya tak rasa tersentuh sebegini kerana jalan yang dilalui adalah sangat berbeza....


Memang degree agak tough - kredit yang banyak dengan full timenya, dengan tak matangnya, dengan bergantung ptptn dan ehsan mak ayah dan baaaaaaanyak lagi.
Tapi time degree yang masih remaja tu saya tidak berapa rasa dan faham tentang pengorbanan.... mungkin zaman tengah berseronok dengan kawan-kawan yang ramai (termasuk la dengan cinta hati la ape la) - agaknya.....


Pengorbanan .....

Ya pengorbanan suami yang setia menjadi tempat saya melepaskan segala sesak di dada (hanya dia yang faham) - "terima kasih sayang kerana sentiasa tegar melayani kerenah ayang"


Pengorbanan anak kecil saya yang tak pernah faham dengan ape yang dia lalui ... ditinggal2kan, diusung sana sini, dan tak terlepas juga menjadi mangsa ummie yang selalu gagal mengawal kesabaran terutamanya ketika tertekan.



Pengorbanan mak dan abah yang tak pernah jemu berdoa dan memberikan harapan.
Pengorbanan mak dan abah mertua yang juga sentiasa ada ketika saya memerlukan bantuan.


Pengorbanan semua adir beradik dan ipar duai (ciksue & Cikudin)..... banyak yang semua telah membantu.



Ya...banyak pengorbanan insan-insan terdekat ketika saya menhabiskan pengajian Sarjana ini.



Terima Kasih Semua



Me: Dengan sempena raya korban, sedang elok konvo time ni.... pengertian tu lebih di hayati... heheh...