Sunday, June 13, 2010

Kelahiran "Dia" sungguh membahagiakan.....

Tiga bulan pertama usia kehamilan mmg agak mencabar...masuk bulan kedua dan ketiga morning sickness cukup menguji kesabaran...sampai tahap dah tak de ape2 yang masuk ke mulut tapi masih muntah2...ape yang nak keluar pun tak tahulah....sampaikan baldi setia di sediakan di sisi katil.....saya yang kurang sabar dan agak bebai (loghat utara - tak tau nak elaborate nya) mmg sukar menghadapi saat morning sickness ni.....


Setelah ujian peringkat pertama selesai dah masuk ke satu fasa yang melegakan walaupun bukan lah dah selesai mana tapi kelegaan itu sangat menyenangkan jiwa....selera dah kembali semula, hati berkobar2 untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan, kegembiraan untuk membuat persedian menyambut kelahiran dan banyak lagi....mmg saat yang mengujakan tapi masih tersimpan kegusaran dan kebimbangan....macam-macam yang terlintas difikiran dan macam-macam yang perlu di lakukan lagi.....ia belum selesai.....


Masuk ke peringkat ketiga - jalan pun dah pelahan, mengah2 selalu, masa menjadi terlalu singkat nak buat itu tak cukup masa nak buat ini tak cukup masa, penuh dengan tekanan jika tidak pandai menguruskan dan merancang ... sangat memerlukan sokongan dan kekuatan ... hanya ALLAH segalanya hanya DIA yang mampu memberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan dan hanya DIA juga yang memberikan sesuatu kepada kita asalkan kita teruskan usaha dan berdoa....


Di saat kelahiran ... hrm....suasan labour room yang rasa sangat sempit dengan dipenuhi dengan peralatan dan manusia-manusia berjasa untuk memastikan kelanacran proses kelahiran.... saat yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata....bukan semua orang mendapat rezeki untuk mudah melahirkan....ada yang masih diuji di sini... semua kekuatan di salurkan dan ditumpukan untuk mempertahankan anugerah ini.... Hanya Allah yang mengerti apa yang kulalui setaip detik dan waktu semasa berjuang di labor room ini....


Setelah selamat di lahirkan, ia masih belum selesai di situ.... komplikasi menyusul menguji lagi perjalanan ini... macam-macam komplikasi yg boleh berlaku...mujur saya tidak diuji dengan bayi terkena jangkitan kuning....biarlah ujian itu saya yang menanggungnya....saya perlu dimasukkan dua bag darah untuk menampung kekurangan darah saya kerana semasa melahirkan Hb saya rendah dan saya memilih kaedah forcep (luka torehan yang agak banyak) kerana terlalu sukar saya menempuh saat untuk melahirkan anugerah itu.....


Setelah dibenarkan pulang dan semuanya telah disahkan selamat dan berjaya semua ujian itu bagai hilang ditelan zaman dan kepuasan yang tak terhingga tercapai akhirnya.....terutamanya apabila melihat anugerah itu di depan mata, merasa dan menyentuhnya....kubersyukur kehadrat mu ya ALLAH.....


Itu kisah saya hampir 4 tahun yang lalu melalui proses mengandung dan melahirkan putri saya pada Dec 2006. 2 minggu dalam berpantangkan anak sulung saya, saya mendaftar diri untuk mengikuti Master di UiTM Shah Alam..... Saya melalui semua proses ini semula tetapi di dalam konteks yang berbeza...

3 semester menghabiskan kelas, kemudian setelah berjaya menyudahkan kelas saya berehat 2 semester kerana terlalu banyak jiwa yang turut berkorban untuk saya menyudahkan pengajian ini. terutamanya anak saya yang sedari kecil sering ditinggalkan....

kemudian saya berhempas pulas menyudahkan thesis saya yang saya tak pernah mimpi dapat sudahkan nya... kerana asas saya terlalu lemah untuk menulis sebuah thesis master tambah-tambah lagi di dalam bahasa inggeris....


menghadapi saat Viva yang tak ubah umpama di dalam labor room...yang menentukan untung nasib atas usaha saya dan kekuatan saya menempuh segala ujian yang lalu.... setelah viva hasil kerja perlu diperbaiki dan ditambahbaik lagi di dalam satu tempoh yang singkat....antara dua...jika berjaya membetulkan maknanya cepatlah saya menyudahkan semua ini jika tidak mungkin perlu menyambung satu semester lagi....tekanan yang sangat hebat ketika ini....

tiada lain yang saya fikirkan melainkan anak saya yang tidak mengertiape-ape tak yang tak mampu menyusun kata-kata itu...perlukah dia melalui saat ditinggalkan di rumah opah, di rumah nenek, tinggal dengan abbie nya....sementara ummie teruskan lagi perjuangan ini....rasa sangat tidak mampu.....hanya kekuatan doa yang menemani saya untuk terus berjuang lagi.....


Alhamdulillah pada hari ini..... saya dapat melihat sendiri walaupun hanya di website .... keputusan untuk saya adalah LULUS..... syukur ya ALLAH... terima kasih untuk semua....terlalu banyak jiwa yang berkorban untuk semua ini..... kerana saya tahu tahap saya,saya hanya lah seorang pelajar melayu yang sederhana....bukan pelajar genius dan bukan pelajar pintar......yang ada hanya semangat untuk berjuang dan doa dari org2 tersayang.....




Saturday, June 12, 2010

Kemas Rumah Sapu Sawang

Dekat setahun lagi bercuti dari blogging.....

Alhamdulillah beban yang sangat berat dan besar (setakat ini) telah berjaya ditempuh dan disudahkan. InsyaALLAH lepas ni takde lah lagi serbasalah nak menulis2 kat blog. Harapnya boleh lah menulis tanpa ada pikir benda lain yang lebih wajib untuk ditulis tak tertulis2....

Thank to Inah and Anna yang sokmo kasi semangat suh kemas rumah dan sapu sawang..

:)